awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan

Bernama
Bernama
16/07/2024
10:55 MYT
ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan
Pinjaman itu bagi membantu Uzbekistan meningkatkan penjagaan pranatal untuk wanita hamil dan bayi mereka. - Gambar fail
MANILA: Bank Pembangunan Asia (ADB) pada Selasa meluluskan pinjaman sebanyak AS$100 juta bagi membantu Uzbekistan meningkatkan penjagaan pranatal untuk wanita hamil dan bayi mereka, lapor Xinhua.
Walaupun kadar kematian ibu di Uzbekistan menurun daripada 38 kepada 30 kematian bagi setiap 100,000 kelahiran hidup antara tahun 2010 dan 2020, ADB dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kadar itu "kekal tinggi berbanding purata di Eropah dan Asia Tengah".
ADB berkata projek penjagaan pranatal bersepadu itu akan membantu kerajaan menaik taraf sekitar 230 pusat di seluruh negara dengan peralatan perubatan moden yang cekap tenaga, piawaian dan protokol klinikal yang dikemas kini, peningkatan kapasiti kakitangan kesihatan dan mekanisme jaminan kualiti.
Bank yang berpangkalan di Manila itu berkata projek berkenaan juga akan memperkukuh sistem rujukan pranatal dan meluaskan akses kepada penjagaan menyelamatkan nyawa yang sesuai dan tepat pada masanya.
Ini dengan mengukuhkan pasukan tindak balas kecemasan serta memperkenalkan rekod pesakit elektronik untuk mengenal pasti risiko kesihatan dan memantau kehamilan dari awal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Uzbekistan
#pinjaman
#ADB
#Bank Pembangunan Asia
#penjagaan pranatal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan