DUNIA
ADB salur bantuan kecemasan kepada tiga negara di Asia terjejas banjir
Di Vietnam, wilayah tengah yang sudah pun dilanda dua ribut berturut-turut pada Oktober kini sekali lagi terjejas akibat banjir terbaharu. - Foto AP
HANOI: Presiden Bank Pembangunan Asia (ADB) Masato Kanda mengumumkan pada Khamis bahawa ADB akan menyediakan bantuan geran segera kepada Sri Lanka, Thailand dan Vietnam susulan permintaan bantuan daripada kerajaan negara-negara berkenaan, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Ringkasan AI
Menurut kenyataan bank itu, sehingga AS$3 juta akan disalurkan kepada Sri Lanka, AS$2 juta kepada Thailand dan AS$2 juta kepada Vietnam.
Geran itu akan menyokong usaha kecemasan dan kemanusiaan, dan disalurkan melalui Tabung Tindak Balas Bencana Asia Pasifik (APDRF) yang menyediakan geran segera kepada negara anggota membangun bagi tujuan menyelamatkan nyawa sejurus selepas bencana besar akibat bahaya alam.
Kanda berkata: "Kerajaan dan rakyat Sri Lanka, Thailand dan Vietnam boleh yakin bahawa ADB akan menyediakan bantuan untuk menyelamatkan nyawa dan membina semula komuniti. Kami akan bekerjasama dengan pantas dan erat dengan kerajaan bagi membawa perlindungan, keselesaan dan harapan kepada mereka yang terjejas akibat kejadian buruk ini."
Banjir mengakibatkan kehilangan nyawa serta kerosakan besar kepada harta benda dan infrastruktur di seluruh Asia Selatan dan Asia Tenggara.
Sekurang-kurangnya 355 orang disahkan maut di Sri Lanka, manakala 366 lagi masih hilang. Di Thailand, hujan lebat mencetuskan banjir buruk yang meragut sekurang-kurangnya 176 nyawa di wilayah selatan negara itu. Beberapa daerah di tengah Thailand pula telah berada di bawah air lebih daripada empat bulan.
Di Vietnam, wilayah tengah yang sudah pun dilanda dua ribut berturut-turut pada Oktober kini sekali lagi terjejas akibat banjir terbaharu.
Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Daik Vietnam, kira-kira 280 orang di seluruh negara telah terkorban akibat bencana alam dari awal tahun hingga akhir Oktober, dengan kerugian ekonomi dianggarkan mencecah AS$1.4 bilion.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Bank Pembangunan Asia (ADB) akan menyediakan bantuan geran segera kepada Sri Lanka, Thailand, dan Vietnam berjumlah AS$7 juta susulan permintaan bantuan daripada kerajaan negara-negara berkenaan.
- Geran tersebut akan digunakan untuk menyokong usaha kecemasan dan kemanusiaan, serta disalurkan melalui Tabung Tindak Balas Bencana Asia Pasifik (APDRF) bagi menyelamatkan nyawa selepas bencana besar akibat bahaya alam.
- Banjir di Asia Selatan dan Asia Tenggara telah menyebabkan kerosakan besar kepada harta benda dan infrastruktur, dengan sekurang-kurangnya 355 orang meninggal dunia di Sri Lanka, 176 nyawa diambil di Thailand, dan 280 orang terkorban di Vietnam sepanjang tahun ini.