Aeroflot gantung penerbangan ke Sri Lanka selepas pesawatnya ditahan

Bernama
Jun 4, 2022 11:09 MYT
Syarikat penerbangan Rusia itu ketika ini hanya mengendalikan beberapa laluan antarabangsa yang terhad akibat sekatan negara Barat. - Gambar fail/REUTERS
NEW DELHI: Syarikat penerbangan Rusia Aeroflot telah menggantung penerbangan ke Colombo selepas pihak berkuasa Sri Lanka menahan pesawatnya.
Syarikat penerbangan itu mengambil keputusan sedemikian "disebabkan penerbangan ke Sri Lanka tidak alami sebarang halangan dan ini satu situasi yang sukar dipercayai," lapor agensi berita Rusia TASS pada Sabtu, memetik kenyataan syarikat penerbangan itu.
Sebuah pesawat Aeroflot A330 telah dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandranaike pada Khamis susulan perintah Mahkamah Tinggi Komersial.
Mahkamah Colombo bertindak terhadap aduan yang difailkan syarikat pemajakan pesawat Celestial Aviation Trading Limited Ireland terhadap Aeroflot.
Pesawat itu dilarang meninggalkan negara itu sehingga 16 Jun dan perbicaraan di mahkamah dijadual berlangsung pada 8 Jun.
Syarikat penerbangan Rusia itu, hanya mengendalikan beberapa laluan antarabangsa yang terhad akibat sekatan negara Barat, bagaimanapun tetap meneruskan penerbangan ke Colombo sejak April lepas.
Kementerian Luar Rusia memanggil Duta Sri Lanka Janitha Abeywickrama Liyanage di negara itu pada Jumaat bagi mengemukakan bantahan berhubung penahanan pesawat itu, lapor Sputnik.
-- BERNAMA
#Aeroflot #gantung penerbangan #Sri Lanka #Rusia