Skip to main content
Advertisement

Dunia

Afghanistan lancar vaksinasi polio seluruh negara, sasar 12.7 juta kanak-kanak

51726067904_tbpoliovaccine.jpg
Ketua puak, alim ulama dan ibu bapa supaya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada petugas kesihatan bagi memastikan kejayaan kempen itu. - Gambar fail
Advertisement

KABUL: Kementerian Kesihatan Awam Afghanistan pada Isnin melancarkan kempen vaksinasi polio di seluruh negara bertujuan memberikan imunisasi untuk lebih 12.7 juta kanak-kanak di bawah umur lima tahun terhadap virus polio, lapor Xinhua.

Kempen itu, yang dijadualkan berlangsung dari Isnin hingga Khamis dan berlanjutan hingga Jumaat di wilayah selatan, akan memberikan dos vaksin polio oral sebagai sebahagian usaha berterusan untuk membasmi penyakit yang melemahkan (otot tubuh) itu, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Jurucakap kementerian Sharafat Zaman Amarkhil menggesa ketua puak, alim ulama dan ibu bapa supaya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada petugas kesihatan bagi memastikan kejayaan kempen itu.

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Afghanistan merekodkan 25 kes virus polio liar jenis 1 (WPV1) yang disahkan setakat 13 Sept.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video

Advertisement