Afghanistan sambut Aidilfitri pada Ahad

Astro Awani
Mei 2, 2022 00:30 MYT
Anak gadis warga Afghanistan bermain dengan burung merpati di hadapan Masjid Shah-Do Shamshira pada hari pertama Aidilfitri di Kabul, 1 Mei 2022. (Foto AP)
UMAT Islam di Afghanistan meraikan Aidilfitri pada Ahad, buat pertama kali bawah pemerintahan Taliban.
Ratusan penduduk Kabul memenuhi masjid di serata bandar, meskipun selepas beberapa siri serangan di masjid-masjid negara itu.
Jemaah yang menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid khuatir akan menjadi mangsa letupan, seperti mana yang berlaku pada hari-hari sebelum itu.
Pada Jumaat, lebih 50 jemaah dilaporkan maut dalam serangan di sebuah masjid di Kabul.
Manakala pada Sabtu, sekurang-kurangnya seorang maut dalam letupan bom membabitkan sebuah van penumpang di ibu negara.
Sejak beberapa bulan lepas, kumpulan Daesh di wilayah Khorasan atau IS-K meningkatkan serangan di serata Afghanistan, sekali gus menjadi musuh utama Taliban sejak mengambil alih pemerintahan negara.
Aidilfitri | Afghanistan sambut pada Ahad
#Aidilfitri #Afghanistan #letupan #masjid