awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar terima ‘Order of the Republic’, penghormatan tertinggi Turkiye
P.Pinang tersenarai antara destinasi terbaik untuk dilawati oleh CNN dan New York Times
Umrah: Laksana segera syarat jaminan bank ke atas agensi pelancongan - Tiong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Afrika hantar tentera ke Mali

Astro Awani
Astro Awani
18/01/2013
00:05 MYT
Afrika hantar tentera ke Mali
Pasukan tentera Afrika Barat mula tiba di ibu negara Mali bagi membantu pasukan tentera Perancis menghapuskan kumpulan pelampau di utara negara itu.
Kumpulan pertama yang tiba adalah 100 anggota dari Togo diikuti dengan tentera Nigeria.
Ketibaan pasukan berkenaan disambut komander tentera Perancis bersama pegawai kanan mewakili Blok Serantau Afrika Barat, Ecowas.
Mengulas kesediaan negara Afrika menghantar pasukan, wakil Perancis berkata, bantuan blok berkenaan sangat signifikan dalam usaha membebaskan Mali daripada cengkaman pelampau yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda.
Selain itu, tentangan sengit yang tidak disangka diberikan oleh kumpulan pelampau terbabit juga menyebabkan Perancis sangat memerlukan bantuan.
Selain negara anggota Ecowas, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat turut menyatakan komitmen bagi membantu pasukan tentera Perancis menjalankan misi ketenteraan ke atas pelampau.
Kumpulan pelampau berjaya menguasai wilayah utara Mali susulan rampasan kuasa yang berlaku pada Mac tahun lalu.
Penganalisis pertahanan berkata, jika pelampau dibiarkan menguasai wilayah utara itu, mereka mampu merancang serangan sehingga ke eropah dan seluruh rantau Afrika.
Susulan itu, Perancis melobi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi mendapat lampu hijau melaksanakan misi ketenteraan di Mali.
Topic Berkaitan
#kumpulan pelampau
#Mali
#Pasukan tentera Afrika Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan