awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhu rendah luar biasa di Florida jejaskan jadual misi angkasawan NASA ke bulan
Keharmonian sambutan upacara keagamaan cerminan kebersamaan rakyat Malaysia - Anwar
Wanita rugi RM10,000 selepas beg galas dalam kereta dicuri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Afrika Selatan isytihar Kuasa Usaha Israel sebagai ‘persona non grata’

Bernama
Bernama
31/01/2026
10:00 MYT
Afrika Selatan isytihar Kuasa Usaha Israel sebagai ‘persona non grata’
Kuasa Usaha di Kedutaan Israel, Ariel Seidman dikatakan berulang kali menggunakan platform media sosial rasmi Israel untuk menghina Presiden Cyril Ramaphosa (gambar). - Gambar fail/Reuters
PRETORIA: Kementerian Luar Afrika Selatan pada Jumaat mengarahkan Kuasa Usaha Israel, iaitu diplomat tertinggi Israel di Pretoria, untuk meninggalkan negara itu dalam tempoh 72 jam, yang turut mencetuskan tindakan balas serupa daripada Tel Aviv, lapor agensi berita Palestin, WAFA.
Hubungan antara kedua-dua negara semakin merosot sejak Pretoria memfailkan kes terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada penghujung 2023, dengan menuduh rejim itu melakukan genosid di Gaza.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Afrika Selatan memaklumkan bahawa ia telah memberitahu pihak berkuasa Israel mengenai keputusannya untuk mengisytiharkan Ariel Seidman, Kuasa Usaha di Kedutaan Israel, sebagai persona non grata.
Kementerian itu menyatakan bahawa keputusan berkenaan diambil susulan siri pelanggaran norma dan amalan diplomatik yang tidak boleh diterima, dan dianggap sebagai pelanggaran langsung terhadap kedaulatan Afrika Selatan.
Ini termasuk penggunaan berulang kali platform media sosial rasmi Israel untuk menghina Presiden Cyril Ramaphosa, serta kegagalan untuk memaklumkan kementerian mengenai dakwaan lawatan oleh pegawai kanan Israel, yang disengajakan.
Menurut kenyatan itu Seidman mesti meninggalkan Afrika Selatan dalam tempoh 72 jam dan menggesa Israel untuk memastikan diplomasi masa hadapannya menunjukkan rasa hormat sewajarnya kepada Afrika Selatan.
Menurut WAFA, Tel Aviv kemudiannya mengumumkan bahawa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Menteri Luar Gideon Sa'ar telah memutuskan untuk mengisytiharkan wakil diplomatik Afrika Selatan sebagai persona non grata dan mengarahkan beliau meninggalkan Israel dalam tempoh 72 jam.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Afrika Selatan
#Kuasa Usaha Israel
#tinggalkan negara itu
#dihalau
#Palestin
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami