DUNIA
Agensi cuaca Jepun tarik balik nasihat tsunami selepas gempa bumi 6.9 magnitud
Isnin lalu, gempa bumi berukuran 7.5 magnitud melanda di luar pantai timur Aomori, dan JMA memberi amaran kemungkinan gegaran pada magnitud sama atau lebih kuat boleh melanda kawasan itu dalam beberapa hari akan datang.
TOKYO: Agensi cuaca Jepun pada Jumaat menarik balik nasihat tsunami bagi pantai Pasifik utara negara itu susulan gempa bumi berukuran 6.9 magnitud di Lautan Pasifik berhampiran Wilayah Aomori, lapor Xinhua.
Beberapa ketika selepas gegaran yang berlaku pada 11.44 pagi waktu tempatan itu, Agensi Meteorologi Jepun (JMA) berkata pantai Pasifik Hokkaido serta wilayah Aomori, Iwate dan Miyagi mungkin mengalami ombak tsunami setinggi 1 meter.
Ombak sekitar 20 sentimeter dilaporkan di beberapa bahagian Hokkaido dan Aomori, namun tiada laporan kecederaan atau kerosakan harta benda, menurut Kyodo News.
Tohoku Electric Power Co mengesahkan tiada sebarang keabnormalan dikesan di loji tenaga nuklear Higashidori dan Onagawa yang masing-masing terletak di wilayah Aomori dan Miyagi, menurut laporan itu.
Gempa bumi itu, yang disemak naik daripada 6.7 magnitud, melanda di luar pantai Pasifik Aomori pada kedalaman sekitar 20 kilometer, mencatatkan tahap empat pada skala intensiti seismik Jepun yang mempunyai tujuh paras di beberapa kawasan utara dan timur laut Jepun, wilayah yang sama dilanda gempa kuat awal minggu ini.
Isnin lalu, gempa bumi berukuran 7.5 magnitud melanda di luar pantai timur Aomori, dan JMA memberi amaran kemungkinan gegaran pada magnitud sama atau lebih kuat boleh melanda kawasan itu dalam beberapa hari akan datang.
-- BERNAMA