NEW YORK: Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Khamis mengesahkan suhu maksimum baharu di Antartika ialah 18.3 darjah Celsius (64.9 darjah Fahrenheit).
"WMO telah mengesahkan suhu baharu untuk benua Antartika adalah 18.3 darjah Celcius pada 6 Februari 2020, di stesen Esperanza (Argentina)," lapor Agensi Berita Sputnik.
Setiausaha Agung WMO Petteri Taalas berkata adalah mustahak untuk mengesahkan suhu tinggi yang direkodkan bagi Semenanjung Antartika, antara kawasan pemanasan paling pantas - hampir 3 darjah Celsius dalam tempoh 50 tahun.
"Suhu baharu ini seiring dengan perubahan iklim yang sedang kita alami," kata Taalas dalam satu kenyataan.
Rekod sebelum ini yang disahkan WMO ialah 17.5 darjah Celsius (63.5 darjah Fahrenheit) yang direkodkan pada 24 Mac 2015.
Kenyataan itu sekali gus menolak catatan suhu sebelum ini iaitu 20.7 darjah Celsius (69.3 darjah Fahrenheit) yang dilaporkan pada 9 Februari 2020, di Pulau Seymour.
Arkib Cuaca dan Iklim Ekstrem WMO, yang meninjau keadaan cuaca di Semenanjung Antartika pada masa kedua-dua catatan tersebut, mendapati tekanan angin yang rendah telah menghasilkan pemanasan ketara di permukaan, mengakibatkan pemanasan di Stesen Esperanza dan Pulau Seymour.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 02 2021
Rekod sebelum ini yang disahkan WMO ialah 17.5 darjah Celsius (63.5 darjah Fahrenheit) yang direkodkan pada 24 Mac 2015. - BERNAMA
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Tiga kedai roti kembali beroperasi di Gaza dengan bantuan PBB
Ribuan orang hadir untuk membeli makanan sejurus selepas pengumuman bahawa pembelian boleh dibuat di kedai roti.
China gesa elak konflik, anggap sudah selesai
China menggesa semua pihak mengelak konflik susulan tindakan serangan Iran ke atas Israel serta menganggap perkara itu sudah selesai.
PBB minta semua pihak bertenang, pasca serangan Iran
Tindakan menggunakan kekerasan adalah dilarang di bawah undang-undang antarabangsa.
Serangan dron Iran tidak akan berlaku sekiranya Israel berhenti seksa rakyat Palestin - Pakar
Serangan dron oleh Iran ke atas Israel tidak akan berlaku sekiranya rejim Zionis itu menghentikan kedegilan dan kerakusan membunuh dan menyerang rakyat Palestin.
Israel minta PBB adakan mesyuarat tergempar kutuk serangan Iran
Erdan juga menggesa PBB agar segera bertindak untuk menetapkan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) sebagai organisasi pengganas.
'Kami serang Israel kerana abai amaran PBB' - IRGC
Serangan dilakukan ke atas Israel atas sebab mereka mengabaikan arahan Majlis Keselamatan PBB supaya menghentikan pencerobohan.
Slovania akan undi sokong keahlian Palestin dalam PBB minggu depan
Palestin mengemukakan surat permohonan keahlian PBB minggu lepas dan meminta permohonannya pada 2011 dipertimbangkan semula.
Jawatankuasa PBB tidak dapat capai kata sepakat terhadap permohonan keahlian Palestin
Malta akan menyediakan satu laporan mengenai isu berkenaan dan mengagihkannya kepada ahli-ahli majlis.