DUNIA
Agensi PBB beri amaran kebuluran semakin memuncak di Gaza, gesa akses segera
UNRWA beri amaran mengenai tahap kebuluran yang semakin kritikal di Semenanjung Gaza. -Gambar fail
ANKARA: Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada Jumaat memberi amaran mengenai tahap kebuluran yang semakin kritikal di Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ringkasan AI
"Di Gaza, kebuluran semakin meningkat. Penduduk pengsan di jalanan kerana kelaparan," kata agensi itu dalam kenyataan di X.
"Sistem pengagihan bantuan semasa telah menghina dan melucutkan maruah keluarga yang lapar, ketakutan, cedera dan keletihan."
UNRWA menekankan bahawa "tiada sesiapa, di mana-mana, harus dipaksa memilih antara mempertaruhkan nyawa dan memberi makan kepada keluarga mereka."
Agensi itu turut mengingatkan keupayaannya untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan secara berkesan apabila diberikan akses.
"Semasa gencatan senjata, PBB termasuk UNRWA membuktikan ia boleh menyampaikan bantuan menyelamatkan nyawa dengan selamat dan secara meluas di seluruh Semenanjung Gaza," menurut kenyataan itu.
UNRWA menyeru semua pihak untuk membenarkan akses kemanusiaan segera.
"Kami mempunyai sistem, kepakaran dan keazaman. Apa yang kami perlukan ialah akses. Tamatkan sekatan. Biarkan kami melaksanakan tugas kami."
Beberapa kumpulan hak asasi manusia termasuk Amnesty International mendakwa Israel terus menggunakan kebuluran sebagai senjata perang terhadap orang awam di Semenanjung Gaza sebagai sebahagian daripada usaha lebih besar untuk "melakukan genosid" terhadap rakyat Palestin.
Walaupun terdapat desakan antarabangsa untuk gencatan senjata, tentera Israel meneruskan perang genosid di Gaza yang telah meragut lebih 57,100 nyawa rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak Oktober 2023.
Pada November lepas, Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel juga berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung serangan ke atas wilayah itu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- UNRWA memberi amaran kebuluran di Gaza semakin kritikal, dengan penduduk pengsan di jalanan akibat kelaparan dan sistem bantuan yang tidak berperikemanusiaan.
- Agensi PBB menyeru akses kemanusiaan segera, menyatakan mereka mampu menyampaikan bantuan secara selamat jika sekatan ditamatkan.
- Lebih 57,100 rakyat Palestin terbunuh sejak Oktober 2023, dan Israel kini berdepan siasatan jenayah perang serta genosid oleh badan kehakiman antarabangsa.