DUNIA
Agensi PBB seru benarkan kemasukan bekalan ke Gaza di sebalik keadaan cuaca buruk
Hujan musim sejuk di Gaza menjadikan keadaan semakin terdesak. Keluarga terpaksa mendapatkan perlindungan di mana sahaja. - AP
ISTANBUL: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Sabtu menggesa supaya bahan perlindungan dibenarkan masuk ke Semenanjung Gaza yang musnah akibat serangan, berikutan hujan lebat yang membanjiri khemah pelarian dalam keadaan kemanusiaan yang semakin kritikal.
"Musim sejuk sudah tiba di Gaza," menurut kenyataan UNRWA di X seperti dilaporkan Anadolu Ajansi (AA).
"Hujan musim sejuk di Gaza menjadikan keadaan semakin terdesak. Keluarga terpaksa mendapatkan perlindungan di mana sahaja, termasuk di khemah sementara."
UNRWA turut menegaskan bahawa mereka mempunyai bekalan perlindungan yang sangat diperlukan di Gaza "untuk membantu orang ramai menghadapi musim sejuk."
Menurut Pertahanan Awam Gaza, puluhan khemah yang menempatkan pelarian Palestin dibanjiri air di Al-Mawasi di selatan bandar Khan Younis.
Sejak awal Jumaat, Semenanjung Gaza berada di bawah pengaruh sistem tekanan rendah yang membawa jisim udara sejuk dan hujan lebat, sekali gus memburukkan lagi penderitaan 1.5 juta penduduk yang dipindahkan di wilayah berkenaan.
Israel terus menghalang kemasukan bahan perlindungan seperti khemah dan rumah bergerak, memungkiri kewajipannya di bawah perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 10 Okt.
Sejak Oktober 2023, Israel telah membunuh lebih 69,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, di Semenanjung Gaza dan memusnahkan wilayah itu.
-- BERNAMA