GAZA: Agensi pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa berkata agensi itu telah menghantar bantuan kemanusiaan pertamanya sejak bulan lepas ke utara Gaza.
"Kami mula menghantar bantuan kemanusiaan ke bahagian utara seminggu lepas, buat kali pertama sejak berakhirnya jeda kemanusiaan selama seminggu pada 1 Dis," menurut Adnan Abu Hasna, jurucakap Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) kepada Agensi Anadolu.
Beliau berkata hampir lima hingga tujuh trak bantuan telah memasuki kawasan di utara Semenanjung Gaza setiap hari sejak minggu lepas.
"Penghantaran ini, bagaimanapun tidak mencukupi untuk keperluan penduduk di utara Gaza," kata jurucakap itu. "Puluhan ribu orang kelaparan di sana."
Jurucakap UNRWA berkata semua penghantaran bantuan yang kini dibenarkan masuk ke Semenanjung Gaza "tidak pun memenuhi 7 peratus daripada keperluan penduduk wilayah itu."
"Kami akan terus menyampaikan bantuan dan akan cuba meningkatkan penghantaran dalam beberapa hari akan datang," kata Abu Hasna.
"UNRWA tidak mempunyai pilihan selain terus menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza walaupun konvoinya diserang."
Sekurang-kurangnya 22,185 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh manakala 57,035 lagi cedera dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Serangan Israel memusnahkan Gaza, dengan 60 peratus infrastruktur di wilayah itu rosak atau musnah, dan hampir 2 juta penduduk kehilangan tempat tinggal ditengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang meruncing.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 03 2024
Anggota tentera rejim Zionis Israel memerika sebuah trak membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza di Kerem Shalom. - Foto AP
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia gesa satu resolusi penyelesaian isu Palestin dapat dicapai
Malaysia antara lain mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi menghantar tentera pengaman ke Palestin.
Runtuhan bangunan di Gaza akan ambil masa 14 tahun untuk dialihkan - Pegawai PBB
Serangan Israel telah meninggalkan runtuhan yang dianggarkan seberat 37 juta tan dalam satu wilayah yang padat dengan penduduk.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Ketua PBB gerakkan pemimpin global untuk tindakan iklim menjelang 2025
PBB melancarkan inisiatif Janji Iklim 2025 pada Selasa, usaha bersepadu global untuk mencegah suhu daripada meningkat melebihi 1.5 darjah Celsius seperti yang termaktub dalam Perjanjian Paris.
Menteri Luar Iran bincang penyelesaian krisis Gaza dengan Setiausaha Agung PBB
Dalam perbincangannya dengan pegawai PBB, menteri itu menegaskan pendirian Iran bahawa meningkatkan lagi konflik ini tidak memanfaatkan pihak terlibat.
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Tiga kedai roti kembali beroperasi di Gaza dengan bantuan PBB
Ribuan orang hadir untuk membeli makanan sejurus selepas pengumuman bahawa pembelian boleh dibuat di kedai roti.
China gesa elak konflik, anggap sudah selesai
China menggesa semua pihak mengelak konflik susulan tindakan serangan Iran ke atas Israel serta menganggap perkara itu sudah selesai.