[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Ahli gusti legenda King Kong Bundy meninggal dunia

Asyraf Roslan 05/03/2019 | 10:10 MYT
Bundy (kanan) terkenal kerana menjadi musuh ketat Hulk Hogan dalam acara utama di Wrestlemania 2. -Gambar Twitter/@socaluncensored
AHLI gusti legenda King Kong Bundy yang popular sekitar tahun 80an dan 90an, meninggal dunia pada Selasa.
Berita kematian mendiang yang nama sebenarnya ialah Christopher Alan Pallies, 61, disahkan rakannya David Herro melalui Twitter yang memuat naik gambar mereka berdua.
"Hari ini kita kehilangan legenda dan seorang lelaki yang saya anggap keluarga. Bersemadilah dengan aman, Chris. Kami menyayangimu. Terima kasih kerana mempercayai saya."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut laporan berita antarabangsa, Bundy sempat memuat naik satu status di laman akaun Twitternya sebelum disahkan meninggal dunia.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Maklumat tentang punca kematiannya masih belum disahkan.
Bundy yang lahir di New Jersey terkenal kerana menjadi musuh ketat kepada Hulk Hogan dalam acara utama di Wrestlemania 2.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Christopher Alan Pallies #David Herro #Hulk Hogan #King Kong Bundy #meninggal dunia #Wrestlemania 2 #WWE