DUNIA

Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual

Bernama 02/02/2026 | 15:54 MYT
Norris, 66, ditahan semula untuk kali kedua, dituduh melakukan beberapa kesalahan seksual, menurut kenyataan Polis Avon dan Somerset. - Gambar fail/AP
LONDON: Ahli Parlimen UK Dan Norris, yang digantung daripada Parti Buruh tahun lepas kerana disyaki melakukan kesalahan seksual terhadap seorang gadis, penculikan kanak-kanak, dan rogol, telah ditahan semula, menurut pengesahan polis pada Isnin.


Ringkasan AI
  • Ahli Parlimen UK Dan Norris ditahan semula oleh polis kerana dituduh melakukan beberapa kesalahan seksual, termasuk penculikan kanak-kanak dan rogol.
  • Norris, yang digantung daripada Parti Buruh tahun lepas selepas dakwaan kesalahan seksual, kini berstatus sebagai Ahli Parlimen bebas.
  • Siasatan kesalahan seksual yang melibatkan Norris sedang diteruskan, sementara beliau tidak menghadiri House of Commons sejak penahanan.


Norris, 66, ditahan semula untuk kali kedua, dituduh melakukan beberapa kesalahan seksual, menurut kenyataan Polis Avon dan Somerset, lapor Anadolu Ajansi.

"Siasatan terhadap dakwaan kesalahan seksual yang berlaku sebelum ini, yang membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia enam puluhan, sedang diteruskan," menurut kenyataan polis.

Norris, yang dipilih sebagai Ahli Parlimen bagi North East Somerset dan Hanham pada Julai 2024, digantung daripada Parti Buruh selepas ditahan pada April 2025. Dan kini berstatus sebagai Ahli Parlimen bebas.

"Lelaki itu pada mulanya ditahan pada April 2025 kerana disyaki melakukan kesalahan seksual terhadap seorang gadis (di bawah Akta Kesalahan Seksual 1956), rogol (di bawah Akta Kesalahan Seksual 2003), penculikan kanak-kanak dan salah laku dalam jawatan awam," kata polis.

Norris tidak menghadiri House of Commons sejak penahanannya, walaupun beliau masih boleh mengundi secara proksi.

-- BERNAMA


#ahli parlimen britain #Dan Norris #kesalahan seksual #ditahan semula