awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
[KOLUMNIS] Malaysia - Bangkitnya sebuah negara yang tidak lagi mahu ketinggalan
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Ahli Parlimen EU protes terhadap Israel di sesi Parlimen dengan kod QR di baju

Bernama
Bernama
22/10/2024
16:43 MYT
Ahli Parlimen EU protes terhadap Israel di sesi Parlimen dengan kod QR di baju
"Sekali lagi, majoriti parlimen ini menunjukkan dwistandard dan persubahatannya kepada dunia," kata Della Valle. - Gambar fail/Reuters
BRUSSELS: Seorang Ahli Parlimen Eropah (EP) dari Itali melakukan protes semasa sesi parlimen pada Selasa dengan memakai kemeja-T yang memaparkan kod QR yang menunjukkan angka, nama dan umur rakyat Palestin yang terbunuh dalam apa yang dirujuknya sebagai "genosid oleh Israel" di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.
"Sekali lagi, majoriti parlimen ini menunjukkan dwistandard dan persubahatannya kepada dunia," kata Della Valle, ahli EP yang baru dipilih dalam pilihan raya Jun lepas dari podium semasa sesi di Brussels sambil memakai kemeja-T berkenaan.
Beliau menegaskan bahawa tindakan Israel menyerang Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) tidak dikutuk oleh Kesatuan Eropah (EU) -- hanya kebimbangan yang dinyatakan.
"Oleh itu, kerugian di Gaza kini ditambah dengan yang di Lubnan. Sekarang, tentera UNIFIL dan tentera Itali kita juga menjadi sasaran. Apakah yang diperlukan oleh EU untuk menamatkan dwistandard dan hipokrasi serta menyokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB?" soal beliau secara retorik.
Pengimbasan Kod QR berkenaan membawa pengguna ke laman sesawang visualisingpalestine.org, yang menunjukkan bahawa "34,344 rakyat Palestin telah terbunuh antara 7 Oktober 2023 dan 31 Ogos 2024." Laman sesawang itu menyediakan nama, jantina dan umur mangsa yang telah terkorban apabila pengguna mengklik pada angka manusia di halaman berkenaan.
Seorang lagi ahli EP telah membuat aduan kepada pengerusi sesi selepas ucapan Della Valle kerana melanggar peraturan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#della vale
#ahli Parlimen
#Kesatuan Eropah
#EU
#Palestin
#Gaza
#Israel
#UNIFIL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami