DUNIA
Ahli Parlimen New Zealand diusir keluar akibat ucapan berkaitan Gaza

Chloe Swarbrick (foto) mencabar Ahli Parlimen kerajaan supaya menyokong rang undang-undang ahlinya yang membolehkan New Zealand mengenakan sekatan ke atas Israel atas jenayah perang. -Gambar fail/X@_chloeswarbrick
WELLINGTON: Seorang ahli Parlimen New Zealand diusir dari dewan perbahasan Parlimen pada Selasa dan digantung menghadiri persidangan untuk sepanjang minggu susulan ucapannya mengenai pengiktirafan negara Palestin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
- Ahli Parlimen New Zealand Chloe Swarbrick digantung seminggu dari Parlimen selepas enggan memohon maaf atas kenyataan mengenai pengiktirafan negara Palestin dan sekatan terhadap Israel.
- Speaker Dewan menyifatkan kenyataan Swarbrick sebagai tidak boleh diterima, manakala Timbalan Perdana Menteri turut membantah tindakan beliau meletakkan selendang Palestin di kerusinya.
- Kerajaan New Zealand sedang mempertimbangkan pendirian rasmi mengenai pengiktirafan negara Palestin, selaras dengan hampir 150 negara anggota PBB yang telah berbuat demikian.
Speaker Dewan, Gerry Brownlee menyifatkan kenyataan itu sebagai "sama sekali tidak boleh diterima" dan mengarahkan Swarbrick menarik balik kenyataan serta memohon maaf, atau meninggalkan dewan bagi tempoh seminggu.
Swarbrick enggan memohon maaf dan berkata beliau "dengan senang hati" akan meninggalkan dewan.
Brownlee kemudian mengesahkan keputusannya, namun menyatakan Swarbrick boleh kembali pada Rabu sekiranya beliau membuat permohonan maaf.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri David Seymour membantah tindakan Swarbrick meletakkan selendang Palestin atau keffiyeh, di kerusinya.
Pada Isnin, Menteri Luar Winston Peters berkata kerajaan New Zealand akan mempertimbangkan pendiriannya mengenai pengiktirafan negara Palestin dalam tempoh sebulan akan datang.
Hampir 150 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudah mengiktiraf negara Palestin, namun beberapa negara Barat termasuk Amerika Syarikat dan United Kingdom, masih belum berbuat demikian.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami