INTERNATIONAL

Ahli Parlimen AS tertanya reaksi Presiden Joe Biden berhubung ancaman terbaharu Israel bom sebuah lagi hospital

Agensi 20/10/2023 | 23:00 MYT
Rashida Tlaib menggesa Presiden negara itu, Joe Biden segera memberikan maklum balas terhadap ancaman terbaharu Israel untuk mengebom Hospital Al-Quds di Semenanjung Gaza.
AHLI Parlimen Amerika Syarikat (AS) yang berdarah Palestin-Amerika, Rashida Tlaib menggesa Presiden negara itu, Joe Biden segera memberikan maklum balas terhadap ancaman terbaharu Israel untuk mengebom Hospital Al-Quds di Semenanjung Gaza.

Dalam nada tegas, Tlaib mempersoalka Biden: "Adakah anda akan berdiam diri?"

"Anda harus desak BFF (sahabat karib selamanya) anda (Benjamin) Netanyahu agar menggugurkan arahan pengosongan (hospital)," tulis Tlaib dalam hantaran di akaun X beliau.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Negara kita tidak boleh lagi terus menyokong pembunuhan beramai-ramai orang awam."

Terdahulu, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) berkata, tentera Israel mengancam untuk mengebom Hospital Al-Quds di Semenanjung Gaza.

Justeru, rejim zionis itu menggesa hospital berkenaan yang pada ketika ini terdapat sekitar 12,000 individu berlindung termasuk 70 peratus terdiri daripada kanak-kanak dan wanita dikosongkan. - Agensi


#Israel ancam bom hospital #Hospital Al-Quds #Rashida Tlaib #Presiden Joe Biden