awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli politik antara 2 ditembak mati di India

Bernama
Bernama
26/02/2024
04:20 MYT
Ahli politik antara 2 ditembak mati di India
Sekurang-kurangnya dua individu termasuk seorang pemimpin politik di negeri Haryana, utara India ditembak mati manakala beberapa anggota keselamatan cedera dalam insiden tembakan pada Ahad. - Gambar hiasan
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya dua individu termasuk seorang pemimpin politik di negeri Haryana, utara India ditembak mati manakala beberapa anggota keselamatan cedera dalam insiden tembakan pada Ahad, menurut polis tempatan, lapor Xinhua.
Kejadian berlaku di bandar Bahadurgarh, Haryana kira-kira 40 kilometer dari ibu negara India, New Delhi.
Nafe Singh Rathee, bekas penggubal undang-undang dua kali di Haryana dan presiden parti Indian National Lok Dal (INLD) yang berpangkalan di negeri itu, sedang menaiki kenderaan utiliti sukan miliknya bersama anggota keselamatan apabila penyerang yang tidak dikenali melepaskan tembakan rambang ke arah kenderaannya.
Menurut polis tempatan, Rathee maut di tempat kejadian manakala seorang pekerja parti INLD meninggal dunia ketika dibawa ke hospital.
Beliau berkata beberapa anggota keselamatan yang mengiringi a Rathee turut cedera dalam kejadian itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#ditembak mati
#ahli politik ditembak
#India
#Nafe Singh Rathee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan