awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tumpang tandas, alasan remaja dicekup berkhalwat
Desak Muhyiddin undur: Ketua Bahagian Bersatu di Perak dipanggil Lembaga Disiplin
Rasuah wajar dilihat sebagai jenayah berat, setara dengan dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli politik maut ditembak di ibu negara Bangladesh

Bernama
Bernama
08/01/2026
21:50 MYT
Ahli politik maut ditembak di ibu negara Bangladesh
Pemimpin dan aktivis pelbagai peringkat menyertai solat jenazah Allahyarham Azizur Rahman Musabbir, bekas Setiausaha Agung Swechchhasebak Dal Dhaka Metropolitan Utara. - Foto X/Aminul Haque
DHAKA: Seorang ahli politik Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) maut ditembak di ibu negara Dhaka pada Rabu malam, kata seorang pegawai kanan polis pada Khamis, lapor Xinhua.
Md Fazlul Karim, timbalan pesuruhjaya tambahan Polis Metropolitan Dhaka (Zon Tejgaon), memberitahu Xinhua: "Dua orang ditembak. Mereka dikejarkan ke hospital berdekatan, namun seorang daripada mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba."
Menurut pegawai itu, kejadian berlaku sekitar 8 malam waktu tempatan di kawasan komersial Karwan Bazar, Dhaka.
Beliau berkata mangsa yang meninggal dunia, Azizur Rahman Musabbir, sebelum ini merupakan pegawai kanan Dhaka Metropolitan North Swechchhasebak Dal, sayap sukarelawan BNP.
Polis berkata penyerang menaiki motosikal melepaskan tembakan ke arah mangsa sebelum melarikan diri, dan motif kejadian masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azizur Rahman Musabbir
#tembakan
#meninggal dunia
#ahli politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan