DUNIA
Ahli sains berjaya esktrak mineral nadir bumi daripada tumbuhan hidup
Penemuan ini menyokong potensi kaedah fitoperlombongan - iaitu proses menggunakan tumbuhan untuk mengekstrak logam berharga daripada tanah. - Gambar hiasan
ISTANBUL: Ahli Sains dari China berkata mereka berjaya mengekstrak mineral nadir bumi daripada tumbuhan hidup, satu penemuan yang dipercayai pertama seumpamanya dan langkah ke arah kaedah perlombongan mesra alam, lapor Anadolu Ajansi.
Ringkasan AI
Saintis mengumpul sampel tumbuhan hiperakumulator - spesies tumbuhan yang diketahui mampu menyimpan logam pada kadar luar biasa tinggi bersama sampel tanah di sekitarnya.
Analisis mereka mendedahkan kehadiran monazit berskala nano, sejenis mineral fosfat yang biasanya terbentuk di bawah tekanan dan suhu tinggi, di dalam tisu tumbuhan itu. Kepekatan tertinggi ditemukan pada pinna (hujung daun), diikuti akar dan tangkai daun, menurut kajian itu.
Pasukan penyelidik mendapati yang tumbuhan itu mampu mengumpul logam berat dan metaloid pada tahap "ratusan hingga ribuan kali lebih tinggi" daripada tanah sekelilingnya.
Penemuan ini menyokong potensi kaedah fitoperlombongan - iaitu proses menggunakan tumbuhan untuk mengekstrak logam berharga daripada tanah.
Mereka mencadangkan agar tumbuhan hiperakumulator ditanam di kawasan kaya logam dan kemudian mineral nadir bumi diekstrak daripada bahan tumbuhan yang dituai.
"Dengan menanam tumbuhan hiperakumulator, unsur nadir bumi bernilai tinggi boleh diperoleh daripada tumbuhan sambil memulihkan tanah tercemar dan memulihkan ekologi kawasan perlombongan, sekali gus merealisasikan model hijau kitaran 'pemulihan dan kitar semula serentak'," menurut laporan kajian itu.
Menurut penyelidik, monazit boleh digunakan dalam pelbagai aplikasi termasuk saduran, laser, luminofor (bahan pendarfluor), penghalang resapan, konduktor ion dan pengurusan sisa radioaktif.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Saintis China berjaya mengekstrak mineral nadir bumi daripada tumbuhan hidup, langkah pertama yang menunjukkan potensi kaedah perlombongan mesra alam.
- Kajian menunjukkan tumbuhan hiperakumulator mampu mengumpul logam berat dan metaloid pada kadar yang jauh lebih tinggi berbanding tanah sekelilingnya.
- Penemuan ini membuka peluang untuk kaedah fitoperlombongan yang menggunakan tumbuhan untuk mengekstrak logam berharga dari tanah, sambil memulihkan tanah tercemar dan ekologi kawasan perlombongan.