DUNIA
AI bantu polis Korea Selatan kesan individu hilang dalam 3 jam
Korea Selatan berjaya menggunakan teknologi AI buat kali pertama untuk menjejak individu hilang melalui rakaman CCTV. -Gambar hiasan/Unsplash
SEOUL: Korea Selatan merekodkan kes pertama penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk menjejak individu hilang menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), apabila seorang lelaki berjaya ditemui dalam tempoh hanya tiga jam.
Ringkasan AI
Menurut Balai Polis Anyang Dongan di Wilayah Gyeonggi, laporan orang hilang dibuat sekitar jam 1.24 pagi pada 25 Jun lalu selepas seorang lelaki menghantar mesej kepada teman wanitanya sebelum menutup telefon.
Pasukan polis dihantar ke lokasi terakhir isyarat telefon dikesan, dan lelaki itu ditemui di rumah bersama keluarganya. Namun, tidak lama kemudian keluarganya melaporkan dia hilang sekali lagi.
Polis kemudian menggunakan sistem perintis dikenali sebagai Advanced Integrated Intelligence for Identification, yang membolehkan AI menganalisis rakaman CCTV awam berdasarkan gambar individu serta butiran pakaian.
Dengan memasukkan foto lelaki tersebut, bersama keterangan berpakaian T-shirt kelabu dan seluar hitam, serta mengehadkan kawasan pencarian ke sekitar kejiranannya, sistem berjaya mengenal pasti kelibatnya di sebuah taman berhampiran.
Hasilnya, lelaki itu berjaya ditemui dalam masa kurang tiga jam selepas laporan dibuat.
Polis menjelaskan, sekiranya pencarian dilakukan secara manual, ia mungkin mengambil masa lebih 10 jam.
Kes ini menandakan buat pertama kali teknologi AI digunakan dengan jayanya untuk mencari orang hilang di Korea Selatan, sekali gus membuka ruang baharu dalam aplikasi teknologi pintar untuk keselamatan awam.
Ringkasan AI
- Korea Selatan berjaya menggunakan teknologi AI buat kali pertama untuk menjejak individu hilang melalui rakaman CCTV.
- Sistem dikenali sebagai Advanced Integrated Intelligence for Identification mengenal pasti lokasi lelaki hilang dalam masa kurang tiga jam berdasarkan gambar dan pakaian.
- Kejayaan ini membuka potensi baharu penggunaan AI dalam keselamatan awam dan pencarian orang hilang secara lebih efisien.