DUNIA
AIPA2025: Filipina terima tugas Presiden AIPA ke-47 dari Malaysia
Simbolik penyerahan tugas itu dilakukan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat merangkap Presiden AIPA ke-46, Tan Sri Johari Abdul, pada Majlis Penutup Perhimpunan Agung AIPA 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, pada Sabtu.
KUALA LUMPUR: Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Filipina, Raymond Democrito C. Mendoza, secara rasmi menerima tugas sebagai Presiden Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-47 bagi 2026 dari Malaysia.
Simbolik penyerahan tugas itu dilakukan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat merangkap Presiden AIPA ke-46, Tan Sri Johari Abdul, pada Majlis Penutup Perhimpunan Agung AIPA 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, pada Sabtu.
“Sebagai Presiden AIPA, saya merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada semua Ahli Parlimen, Parlimen Pemerhati, rakan dialog serta jawatankuasa yang komited.
“Saya juga mengucapkan tahniah kepada Filipina yang akan memegang jawatan Presiden AIPA bagi Perhimpunan Agung ke-47,” katanya dalam ucapan penutup.
Menurutnya lagi, Malaysia berjanji memberikan sokongan penuh dalam usaha merealisasikan visi bersama.
“Dengan itu, saya dengan sukacitanya mengisytiharkan Perhimpunan Agung AIPA ke-46 ditutup secara rasmi.
“Malaysia berbesar hati kerana dapat menjadi tuan rumah dan Presiden, dan dengan penuh keyakinan, kami menyerahkan tanggungjawab ini kepada Filipina,” jelasnya.
Dengan tema “Parlimen Menerajui Pembangunan Terangkum dan Mampan ASEAN”, persidangan kali ini menghimpunkan speaker dan ahli-ahli Parlimen dari 9 Parlimen anggota AIPA, tidak termasuk Myanmar.
Persidangan itu menjadi wadah penting membincangkan isu serantau mengenai keterangkuman sosial, kelestarian alam sekitar, keselamatan makanan, transformasi digital dan pengukuhan demokrasi.