DUNIA
Air Canada mula batal penerbangan susulan notis mogok krew kabin
Air Canada akan mula menggantung penerbangan bermula Khamis selepas kesatuan yang mewakili kru kabin mengeluarkan notis mogok 72 jam. - Gambar Reuters
TORONTO: Syarikat penerbangan terbesar Kanada, Air Canada akan mula menggantung penerbangan bermula Khamis selepas kesatuan yang mewakili kru kabin mengeluarkan notis mogok 72 jam.
Air Canada memaklumkan, pembatalan penerbangan akan dilakukan secara berperingkat sepanjang tempoh tersebut, sambil memberi amaran kepada penumpang tanpa pengesahan penerbangan supaya tidak ke lapangan terbang.
Kesatuan Pekerja Awam Kanada (CUPE) yang mewakili 10,000 kru kabin Air Canada mengeluarkan notis mogok pada awal Rabu selepas rundingan kontrak menemui jalan buntu.
Kesatuan itu berkata, mereka telah berunding dengan itikad baik, namun Air Canada “enggan menangani” isu utama termasuk cadangan kenaikan gaji dan kerja tanpa bayaran.
Sebagai reaksi, Air Canada mengeluarkan notis sekatan kerja (lockout) 72 jam dan pada Selasa malam mendakwa telah menerima tawaran balas daripada kesatuan yang menuntut “kenaikan melampau” serta menolak tawaran untuk masuk ke proses timbang tara pihak ketiga yang mengikat.
Mogok dijangka bermula pada Sabtu, kira-kira jam 1.00 pagi waktu Timur (5.00 pagi GMT).
Syarikat berpangkalan di Montreal itu – yang beroperasi di 64 negara dengan 259 pesawat – menyifatkan penutupan operasi secara mengejut sebagai “risiko besar” kepada syarikat dan pekerjanya. Gangguan perkhidmatan dijangka menjejaskan 130,000 pelanggan setiap hari, termasuk 25,000 rakyat Kanada, di tengah-tengah musim perjalanan puncak musim panas.
“Dengan memposisikan pesawat dan kru secara optimum sebelum kemungkinan pemberhentian operasi, Air Canada akan dapat melakukan penyelenggaraan rutin yang diperlukan dan memulihkan perkhidmatan biasa dengan lebih cepat,” kata syarikat itu dalam kenyataan pada Rabu.
Penerbangan Air Canada dan Air Canada Rouge pertama akan dibatalkan pada Khamis, diikuti pembatalan tambahan pada Jumaat.
Mulai Sabtu, operasi penerbangan akan dihentikan sepenuhnya.
Namun, penerbangan Air Canada Express yang membawa kira-kira 20 peratus pelanggan harian Air Canada tidak akan terjejas.
Pelanggan yang penerbangannya dibatalkan akan dimaklumkan dan menerima bayaran balik penuh.
Syarikat itu juga telah membuat persediaan dengan syarikat penerbangan Kanada dan antarabangsa lain untuk menawarkan pilihan perjalanan alternatif, walaupun proses tersebut mungkin mengambil masa atau tidak dapat dilaksanakan segera.
Lapangan Terbang Antarabangsa Pearson, Toronto – lapangan terbang terbesar Kanada – pada Rabu memaklumkan di platform X bahawa mereka sedang memantau keadaan dengan rapat dan menasihatkan penumpang untuk menyemak terus dengan Air Canada bagi maklumat penerbangan.
Beberapa lapangan terbang lain termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver turut merangka pelan kontingensi.
Dalam rundingan kontrak, Air Canada menawarkan kenaikan jumlah pampasan sebanyak 38 peratus dalam tempoh empat tahun, termasuk kenaikan 25 peratus pada tahun pertama.
Namun CUPE menegaskan tawaran itu “di bawah kadar inflasi, di bawah nilai pasaran, di bawah gaji minimum” dan masih tidak membayar kru kabin untuk beberapa jam kerja termasuk semasa proses menaiki pesawat serta menunggu di lapangan terbang sebelum berlepas.
Kesatuan itu berkata, mereka telah berunding dengan itikad baik selama lebih lapan bulan, tetapi Air Canada memilih untuk mendapatkan campur tangan kerajaan bagi mengarahkan timbang tara.
“Apabila kami berdiri teguh bersama, Air Canada tidak datang ke meja rundingan dengan ikhlas,” kata CUPE dalam kenyataan kepada ahli-ahlinya.
“Sebaliknya, mereka meminta kerajaan Persekutuan untuk campur tangan dan merampas hak itu daripada kami.”
Awal bulan ini, 99.7 peratus pekerja yang diwakili kesatuan itu mengundi menyokong tindakan mogok. - Agensi