[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
INTERNATIONAL

Air mata, doa iringi 2 juta umat Islam di kemuncak ibadah Haji

Agensi 04/10/2014 | 00:51 MYT
Wukuf adalah kemuncak ibadah haji dan ia membezakan antara ibadat umrah dan haji. - Foto AFP
Kira-kira dua juta umat Islam dari seluruh dunia berkumpul di Padang Arafah, ke barat Arab Saudi, untuk menunaikan ibadat wukuf pada musim haji tahun ini.
Wukuf adalah kemuncak ibadah haji dan yang membezakan antara ibadat umrah dan haji.
Ia juga merupakan perkara kedua dalam Rukun Haji selepas berniat ihram haji. Ibadah haji adalah perhimpunan terbesar umat Islam di dunia.
Ia juga adalah rukun Islam yang kelima yang wajib dilaksanakan oleh setiap orang Islam yang mampu sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Jemaah haji sampai ke Padang Arafah awal pagi Jumaat untuk berkumpul di bukit yang licin dan berbatu di mana Nabi Muhammad (SWT) memberikan khutbah terakhir baginda kira-kira 14 abad dahulu.
LIHAT GALERI FOTO JEMAAH HAJI BERWUKUF DI PADANG ARAFAH
Wukuf
#Arab Saudi #Haji #ihram #Padang Arafah