[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
INTERNATIONAL

Air sungai melimpah, banjir mula melanda Chongqing, China

Agensi 19/08/2020 | 14:46 MYT
Susulan itu, amaran banjir pada tahap tertinggi diisythiarkan di Chongqing dan beberapa kawasan kejiranan di Sichuan. - Foto AP
Air sungai Yangtze melimpah dan membanjiri sekitar bandar Chongqing yang terletak di barat daya China pada Rabu.
Menurut pihak berkuasa, banjir tersebut merupakan yang terburuk melanda bandar itu sejak 1981.
Susulan itu, amaran banjir pada tahap tertinggi diisythiarkan di Chongqing dan beberapa kawasan kejiranan di Sichuan.
Malah, pihak berkuasa turut memberi amaran kepada suruhanjaya sumber air, bahawa empangan Three Gorges bakal menerima aliran air terbanyak sejak 14 tahun lalu.
Sejak banjir melanda bandar tersebut, ia mengeluarkan 4.800 meter padu air sesaat.
Sementara itu, kira-kira 128,000 penduduk dipindahkan bagi mengelakkan sebarang risiko.
#air sungai #amaran tertinggi #banjir #China #Chongqing #Three Gorges