DUNIA
AirAsia ubah destinasi pendaratan demi keselamatan penumpang di Korea Selatan
AirAsia X dalam kenyataannya menjelaskan, pesawat berkenaan terpaksa dilencongkan ke Gimpo berikutan kesesakan trafik udara di Incheon yang berpunca daripada cuaca buruk. - Gambar fail
SEOUL: Sebuah pesawat AirAsia yang sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Incheon, Korea Selatan, dilaporkan tersasar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo pada Khamis, lapor The Straits Times.
Penerbangan AirAsia X D7506 dari Kuala Lumpur itu dijadual tiba di Incheon pada 7.50 malam waktu tempatan, namun mendarat di Gimpo, kira-kira 35 kilometer dari destinasi asal pada 8.08 malam selepas berlegar di ruang udara.
Menurut penumpang, sebaik kapten mengumumkan ketibaan di Incheon, ramai mula mengambil beg dari ruang simpanan, namun ada yang terkejut apabila melihat keluar tingkap dan memeriksa telefon lalu mendapati mereka berada di Gimpo.
"Semua orang panik, nampaknya kru kabin tidak tahu kami telah mendarat di Gimpo sehinggalah penumpang memaklumkan kepada mereka," kata salah seorang penumpang kepada The Korea Herald.
Pesawat itu berlepas semula ke Incheon pada 10.17 malam selepas mengisi minyak, sebelum selamat mendarat pada 10.54 malam.
Kapten dan kru turut memohon maaf kepada penumpang semasa perjalanan ke Incheon melalui sistem pengumuman awam.
AirAsia X dalam kenyataannya menjelaskan, pesawat berkenaan terpaksa dilencongkan ke Gimpo berikutan kesesakan trafik udara di Incheon yang berpunca daripada cuaca buruk.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail, berkata keselamatan penumpang menjadi keutamaan dan kapten telah bertindak mengikut prosedur operasi standard, termasuk memaklumkan mengenai lencongan tersebut.
“Keselamatan adalah keutamaan kami, dan kami menghargai pemahaman serta kerjasama penumpang dalam penyesuaian operasi ini demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua di dalam pesawat,” katanya seperti dipetik Bernama.