awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ais Laut Artik capai tahap terkecil dalam 46 tahun ekoran pencairan luar biasa

Bernama
Bernama
21/04/2025
21:45 MYT
Ais Laut Artik capai tahap terkecil dalam 46 tahun ekoran pencairan luar biasa
Pengukuran menunjukkan bahawa keluasan maksimum liputan ais di Lautan Artik untuk tahun ini dicapai pada 20 Mac 2025, iaitu sebanyak 13.79 juta kilometer persegi. - Gambar hiasan
TOKYO: Tahap ais kutub di Lautan Artik menyusut pada musim sejuk 2025 ke tahap terkecil sejak pengukuran bermula pada 1979.
Menurut Agensi Berita Qatar, Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA) mengumumkan, tahap maksimum litupan ais Lautan Artik adalah yang terkecil pada 2025 dalam tempoh lebih empat dekad, memperbaharui rekod yang dicatat lapan tahun lalu.
Para saintis di JAXA dan Institut Penyelidikan Kutub Kebangsaan (NIPR) menggunakan satelit "Shizuku" untuk memantau ais di Artik.
Pengukuran menunjukkan bahawa keluasan maksimum liputan ais untuk tahun ini dicapai pada 20 Mac 2025, iaitu sebanyak 13.79 juta kilometer persegi.
Angka itu adalah 130,000 kilometer persegi lebih kecil daripada rekod sebelumnya pada 2017, dan yang terkecil dalam rekod berdasarkan data yang tersedia dari 1979.
Peta yang disediakan oleh laporan itu menunjukkan bahawa keluasan ais laut pada 2017 jauh lebih rendah daripada paras 2012 dan purata untuk dekad kedua abad ke-21.
Garis keluasan ais 2025 juga didapati lebih kecil daripada 2017. Walaupun purata 2017 lebih rendah, keluasan ais 2025 adalah lebih rendah 130,000 kilometer persegi, menjadikannya yang terkecil sejak 1979.
Presiden JAXA Hiroshi Yamakawa berkata, ini berkaitan dengan perubahan iklim, melahirkan kebimbangan bahawa ia akan menjejaskan cuaca dan persekitaran marin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ais kutub
#Lautan Artik
#satelit Shizuku
#Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan