NEW YORK: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) telah mencapai persetujuan dengan ahli perniagaan kelahiran Malaysia yang kini dalam buruan, Jho Low untuk memulangkan lebih AS$100 juta (RM471 juta) yang didakwa digelapkan daripada dana kekayaan milik Malaysia sebagai sebahagian daripada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
AS berkata, karya seni oleh artis Andy Warhol dan Claude Monet dan sebuah apartmen mewah di Paris akan dicairkan dan aset bernilai AS$67 juta (RM315.7 juta) akan dikembalikan kepada Malaysia.
Pendakwa raya mendakwa aset itu dikaitkan dengan wang tunai yang diperoleh untuk dana 1MDB sejak 2012 dan 2013.
Jho Low yang dikehendaki masih bebas dan tidak diketahui keberadaannya.
Aset itu akan menambah kira-kira AS$1.4 bilion (RM4.7 bilion) yang telah dikembalikan dengan bantuan AS, kata Jabatan Kehakiman.
Secara keseluruhan, lebih AS$4.5 bilion (RM21.2 bilion) didakwa dicuri daripada dana 1MDB.
AS berkata, sebagai sebahagian daripada perjanjian yang dicapai dengan Jho Low, keluarga dan entiti yang ditubuhkannya, ia akan menyelaraskan dengan negara asing untuk memindahkan aset yang dipegang di luar negara ke Malaysia.
Jabatan Kehakiman berkata: “Perjanjian itu menyelesaikan tindakan rampasan sivil terhadap sebuah apartmen mewah di Paris dan karya seni yang terletak di Switzerland oleh artis Andy Warhol dan Claude Monet, yang dibeli Low dengan jumlah keseluruhan kira-kira AS$35 juta (RM165 juta).
“Selain itu, pihak-pihak itu juga bersetuju untuk memulangkan kepada Malaysia hartanah dan wang tunai dalam akaun bank bernilai kira-kira AS$67 juta (RM315.7 juta) yang terletak di Hong Kong, Switzerland dan Singapura.”
Jho Low, nama sebenarnya Low Taek Jho didakwa dalam skandal kewangan terbesar, 1MDB, yang menyaksikan berbilion-bilion dolar daripada dana negara digelapkan.
Pendakwa raya AS dan Malaysia mendakwa, wang itu diletakkan di dalam poket beberapa individu berkuasa dan digunakan untuk membeli aset termasuk hartanah mewah, jet peribadi dan karya seni yang mahal. - BBC
Agensi
Wed Jun 26 2024

Jabatan Kehakiman AS capai persetujuan dengan Jho Low untuk memulangkan lebih AS$100 juta (RM471 juta) yang didakwa digelapkan daripada dana kekayaan milik Malaysia sebagai sebahagian daripada skandal 1MDB. - Gambar fail
Catat jualan RM154 bilion pada Mac 2025
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan itu didorong oleh subsektor dalam perdagangan runcit dan borong.
Pembinaan pesawat rondaan maritim TUDM capai 60 peratus
Pembinaan dua buah pesawat rondaan maritim atau maritime patrol aircraft (MPA) model p-72m untuk Tentera Udara Diraja Malaysia kini telah mencapai kemajuan lebih 60 peratus.
Perubahan tarif AS-China beri kesan pengeluar sarung tangan
Sebarang perubahan dalam struktur tarif antara Amerika Syarikat dan China dijangka memberi kesan langsung kepada pengeluar sarung tangan di Malaysia.
Apple pertimbang naikkan harga iPhone baharu
Apple sedang mempertimbangkan menaikkan harga produk iPhone baharu sejajar dengan penambahan ciri-ciri baharu dan perubahan reka bentuk.
Mexico bantah penggantungan import lembu oleh A.S.
Mexico menyatakan bantahan terhadap keputusan Amerika Syarikat untuk menggantung import haiwan ternakan berikutan kebimbangan terhadap kehadiran cacing skru.
Pelan Kemajuan Halal 2030 bakal dilancarkan tahun ini
Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor 2030 sedang diperhalusi dan akan dilancarkan tahun ini, bagi memperkasakan ekosistem halal negeri secara menyeluruh.
Keputusan subsidi RON95 akan ambil kira ekonomi semasa
Kerajaan akan mengambil kira keadaan ekonomi semasa dalam membuat sebarang keputusan mengenai pelaksanaan penyasaran semula subsidi petrol RON95.
UMS wujudkan Grid Centre pertama di Kepulauan Borneo
Universiti Malaysia Sabah (UMS) wujudkan pusat data infrastruktur hijau tahan lasak atau grid center yang pertama di kepulauan Borneo.

Nahas FRU: Kerosakan lori tidak patut berlaku jika ujian Puspakom dipatuhi - Ahmad Zahid
Perkara itu tidak akan berlaku jika kenderaan tersebut menjalani pemeriksaan secara berkala.
Perkembangan nahas trak FRU
Khalis Khadir bawakan perkembangan terkini nahas yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Perskeutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 6 Mei 2025.

1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - Mohd Irwan Serigar
Mohd Irwan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa 2MDB berniat jahat apabila memfailkan saman terhadapnya pada Mei 2021.

1MDB: Pembelaan Najib tutup kes, mahkamah tetap 21 Okt untuk dengar hujah
Tan Sri Muhammad Shafee memaklumkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Tinggi selepas memanggil saksi terakhirnya pakar forensik dokumen Tay Eue Kam.

Dapatan tidak konklusif, pakar forensik gagal tentukan kesahihan tandatangan Najib
Mahkamah Tinggi diberitahu terdapat beberapa persamaan dan perbezaan pada tandatangan didakwa milik Najib dalam dokumen berkaitan 1MDB.

Roger Ng beritahu mahkamah dia kenal Jho Low sejak penubuhan TIA pada 2009
Ng disabitkan kesalahan di New York pada 2013 kerana membantu dalam penyelewengan dana 1MDB dan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun.

1MDB: Mahkamah putuskan Roger Ng layak memberi keterangan dalam kes Najib
Mahkamah Tinggi putuskan Roger Ng Chong Wa, boleh tampil sebagai saksi pada perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan 1MDB.

1MDB: Pasukan pembelaan Najib akan temu bual Roger Ng
Mahkamah Tinggi dimaklumkan bahawa bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng Chong Hwa akan ditemu bual oleh pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perbicaraan kes 1MDB.

1MDB: Tun M, Muhyiddin, Daim tidak campur tangan keputusan dakwa Najib - Bekas KPN
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa tiada campur tangan daripada Dr Mahathir, Muhyiddin dan Daim dalam keputusan untuk mendakwa Najib.

1MDB tarik balik saman terhadap wanita Singapura dalam kes barangan mewah Rosmah
Rosmah Mansor kekal sebagai defendan pertama dalam saman tersebut, dengan tuntutan agar beliau membayar USD346,010,489 atau jumlah yang akan ditaksir oleh mahkamah.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 8 April 2025.