INTERNATIONAL
AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb

Amerika Syarikat akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb, kata Setiausaha Negara AS Marco Rubio pada Sabtu. - Gambar fail/REUTERS
MOSCOW: Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb, kata Setiausaha Negara AS Marco Rubio pada Sabtu, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Presiden AS Donald Trump komited untuk menamatkan konflik di Ukraine, kata Rubio menerusi platform X. Beliau menegaskan bahawa pada 24 Feb, AS akan mengemukakan resolusi bersejarah kepada Perhimpunan Agung PBB yang seharusnya mendapat sokongan semua negara anggota PBB.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami