GARA-gara memuat naik ciapan berunsur menghasut, akaun Twitter milik Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump disekat selama 12 jam.
Ia selepas Trump memuat naik beberapa ciapan dan video rasa tidak puas hatinya terhadap keputusan pilihan raya AS baru-baru ini, termasuk mendakwa pilihan raya itu telah ‘dicuri’ oleh presiden yang dipilih Joe Biden.
Sebaliknya, Trump mendakwa bahawa beliau pemenang sebenar pilihan raya itu.
Jika diperhatikan ketika ini, beberapa ciapan dan video dimuat naik oleh Trump telah dibuang dengan amaran oleh Twitter Safety “ia tidak lagi tersedia kerana melanggar Peraturan Twitter”.
Ia merupakan kejadian pertama yang berlaku sejak Trump dilantik menjadi presiden Amerika Syarikat dan tidak pernah berlaku sebelum ini kerana statusnya sebagai Presiden AS.
Namun, kekebalan beliau ditarik semula selepas Biden memenangi pilihan raya.
Awal pagi ini, berlaku rusuhan di Bangunan Capitol apabila penyokong Trump yang memprotes keputusan pilihan raya itu serta menghalang Joe Biden daripada disahkan sebagai Presiden AS seterusnya.
Susulan itu, sesi pengesahan ditunda malah seorang perusuh turut dilaporkan mati terkena tembakan.
Selepas ciapan tersebut dipadam, Twitter Safety turut menyatakan bahawa akaun Donald Trump telah dikunci selama 12 jam kerana melakukan kesalahan melanggar terma platform mereka.
Malah, Trump juga perlu memadam lagi beberapa ciapan yang didapati tidak mematuhi terma laman sebelum akaun tersebut disekat.
Selain di Twitter, video yang sama turut dimuat naik ke laman Facebook dan YouTube dan ia turut dibuang dari laman berkenaan kerana dikhuatiri boleh menghasut lebih banyak penyokong untuk merusuh.
Timbalan presiden bahagian integriti Facebook, Guy Rosen menerusi akaun Twitter beliau sebentar tadi turut mengesahkan perkara itu.
Manakala YouTube juga turut dilapor telah menarik semula video berkenaan daripada platform mereka dengan menyatakan ia telah melanggar peraturan serta menyebarkan maklumat salah berkenan pilihan raya.
Afiq Ariffin
Thu Jan 07 2021

Trump juga perlu memadam lagi beberapa ciapan yang didapati tidak mematuhi terma laman sebelum akaun tersebut disekat. -Foto AP Newsroom

Harga Barang | Dasar, mekanisma kawal harga masih sama
Dasar dan mekanisma dalam mengawal harga barangan di pasaran yang diguna pakai ketika ini merupakan daripada kerajaan terdahulu. Namun menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dua, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, pandemik COVID-19 yang melanda ketika ini mendorong berlaku peningkatan harga barangan dan kekangan lain.

Stok Ramadan, Raya | Bekalan daging lembu dalam negara cukup
Datuk Che Abdullah Mat Nawi turut beri jaminan bekalan daging lembu dalam negara mencukupi sepanjang bulan Ramadan hingga musim perayaan Aidilfitri nanti. Katanya sebanyak 10 ribu metrik tan bekalan daging telah diperuntuan untuk keperluan Ramadan dan Aidilfitri.

Harga Ayam Naik | Kos pengeluaran mungkin punca kenaikan harga
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dua, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP bagi mengatasi kenaikkan harga ayam, sayur dan barangan makanan yang lain. Katanya peningkatan harga mungkin disumbangkan beberapa faktor termasuk kos pengangkutan dan harga makanan ayam.

17 April 2021: Fokus Minggu Depan
#FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara. Kami senaraikan antara perkara yang akan berlaku sepanjang minggu depan.
![[TERKINI] Pengetua Pertahan | Daftar kokurikulum ikut kaum, jantina [TERKINI] Pengetua Pertahan | Daftar kokurikulum ikut kaum, jantina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900265/7697251601618655001097_640x360.jpg)
[TERKINI] Pengetua Pertahan | Daftar kokurikulum ikut kaum, jantina
Sebuah sekolah menengah di Batu Pahat, Johor dikesan mengenakan syarat pendaftaran aktiviti kokurikulum pelajar tingkatan satu mengikut kaum dan jantina. Antaranya, pelajar Melayu hanya dibenarkan memilih sukan bola sepak dan sepak takraw manakala bola keranjang dan ping pong pula dihadkan kepada pelajar lelaki dan perempuan Cina sahaja.

Langgar SOP: Kertas siasatan Neelofa dan PU Riz dirujuk ke Pejabat Peguam Negara minggu depan
Sebelum ini, pihaknya telah menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

KPDNHEP P. Pinang bongkar aktiviti seleweng gas LPG dalam kebun kelapa sawit
Serbuan dijalankan hasil risikan dan aduan orang awam yang diterima berhubung kegiatan berkenaan.

Sultan Johor berkenan sediakan bubur lambuk untuk rakyat
Bubur lambuk yang merupakan 'buah tangan' dari Istana bakal disampaikan kepada rakyat pada bulan ini.

COVID-19: 2,331 jangkitan baharu, Selangor dan Kuala Lumpur rekod 1,003 kes
Selangor merekodkan 751 kes menjadikan negeri tertinggi diikuti Sarawak (512) dan Kuala Lumpur (252).

Mayat dengan kesan terbakar seluruh badan ditemukan di tepi jalan
Satu mayat tanpa identiti dengan kesan terbakar keseluruhan badan ditemui di tepi Jalan Kuala Terengganu-Kelantan di Kampung Padang Air dekat Tepoh pagi tadi.

Raul Castro umum undur diri sebagai Ketua Parti Komunis Cuba
Pengunduran ini bermakna buat pertama kalinya dalam enam dekad, Cuba tidak lagi dipimpin keluarga Castro sejak revolusi 1959.

Amerika Syarikat usir 10 diplomat Rusia
Sekatan terhadap enam syarikat Rusia yang menyokong usaha siber negara itu merupakan tindak balas pertama terhadap Kremlin kerana melakukan pencerobohan.

Tentera AS bakal berundur dari Afghanistan 11 Sept depan
Amerika Syarikat bakal mengundurkan tenteranya dari Afghanistan menjelang 11 September depan.

Iran desak AS tarik balik semua sekatan ekonomi menjelang rundingan nuklear
Tehran tidak terima pendekatan menarik sekatan secara perlahan, sebaliknya mahu AS membatalkan semua sekatan.

Anggota polis maut, seorang lagi cedera dalam serangan di kompleks Capitol
Suspek merempuh sekatan dan kemudian menyerang pegawai bertugas dengan pisau.

AS$70 gunting rambut di White House ketika perintah berkurung COVID-19
Perkhidmatan itu disediakan ketika perintah berkurung di Washington DC yang memaksa semua kedai gunting rambut ditutup.

Malaysia masih perlu waspada dengan perang perdagangan AS-China - BNM
Negara masih perlu berwaspada dengan risiko memuncaknya ketegangan perdagangan di antara Amerika Syarikat (AS) dengan China.

AS kembali salur bantuan kepada Palestin, sumbang $15 juta untuk kempen COVID-19
Ini sekali gus dilihat keputusan pusingan 'U' daripada pentadbiran Donald Trump yang memotong hampir semua bantuan kepada rakyat Palestin.

Vaksin COVID-19: AS tetap sasaran baharu 200 juta dos dalam 100 hari pertama
Sebelum ini, pentadbiran Biden menetapkan sasaran 100 juta suntikan dalam 100 hari pertama memegang jawatan Presiden bermula 20 Januari.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.