DUNIA

Akaun Twitter Donald Trump ternyahaktif selama 11 minit

Astro Awani 03/11/2017 | 03:12 MYT
Twitter mengakui bertanggungjawab ke atas insiden penyahaktifan akaun presiden Amerika Syarikat Donald Trump selama 11 minit pada Khamis. -Reuters
TWITTER mengakui bertanggungjawab ke atas insiden penyahaktifan akaun presiden Amerika Syarikat Donald Trump selama 11 minit pada Khamis.
Syarikat media sosial itu memaklumkan ia satu kesilapan yang tidak disengajakan oleh seorang pekerjanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Twitter dalam satu kenyataan berkata akan meneruskan siasatan dan akan memastikan insiden ini tidak berulang.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada khamis, kira-kira jam 7 malam waktu tempatan, laporan media sosial mendapati akaun twitter @realdonaldtrump tidak dijumpai dan mengeluarkan mesej 'akaun tidak wujud'.
#Donald Trump #kesilapan yang tidak disengajakan #penyahaktifan akaun #Presiden Amerika Syarikat #Twitter