awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akaun Twitter palsu banjiri platform selepas pengesahan menurun

Bernama
Bernama
11/11/2022
09:34 MYT
Akaun Twitter palsu banjiri platform selepas pengesahan menurun
Selepas Musk membatalkan dasar pengesahan laman, akaun palsu yang 'disahkan' mendapat banyak perhatian. - Gambar fail
ANKARA: Akaun Twitter palsu membanjiri seluruh platform media sosial itu walaupun ketua baharunya Elon Musk mendakwa bahawa sistem pembayaran yang diperkenal mampu mengatasi akaun palsu termasuk bots dan trolls.
Selepas Musk membatalkan dasar pengesahan laman, akaun palsu yang "disahkan" mendapat banyak perhatian, yang sangat mengecewakan syarikat dan personaliti yang mereka tipu, lapor Anadolu Agency.
Kebanjiran akaun penyamar, termasuk profil palsu bekas Presiden AS George W. Bush dan bintang NBA LeBron James berlaku berikutan keputusan Musk untuk menawarkan tanda semak biru platform kepada mana-mana pengguna dengan langganan bulanan AS$7.99, di sebalik akaun berkepentingan awam yang disahkan, katanya.
Bayaran yang bakal dilaksanakan telah dilancarkan supaya pengguna boleh mengesahkan akaun dengan tanda semak biru.
Laporan menyebut bahawa sejurus selepas Twitter melancarkan perkhidmatan langganan pada Rabu, akaun tanda biru yang menyamar sebagai Bush menulis tweet "Saya rindu membunuh rakyat Iraq" diiringi emoji muka sedih.
Sebuah akaun yang menyamar sebagai bekas Perdana Menteri UK Tony Blair mengulang hantaran itu sambil menambah: "Tbh (sejujurnya)."
Penipu juga menyamar sebagai tokoh sukan terkemuka, termasuk penyerang Los Angeles Lakers James, dengan profil palsunya mengumumkan pemain itu meminta berpindah ke pasukan lain, menurut Anadolu Agency.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#akaun Twitter
#akaun palsu
#Elon Musk
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan