DUNIA

#AkhirnyaMilihJokowi penuhi garis masa di Twitter

Fuad Misbah 04/07/2014 | 10:28 MYT
Giring dan Sherina merupakan antara selebriti yang secara terang-terangan menyokong Jokowi
Hashtag #AkhirnyaMilihJokowi memenuhi garis masa di Twitter. Hashtag yang dibuat untuk menunjukkan sokongan kepada calon Presiden kedua Joko Widodo (Jokowi) kini menjadi topik paling trending di Indonesia dan dunia.

Sejumlah selebriti popular Indonesia turut menyuarakan sokongan mereka kepada Jokowi dengan menggunakan hashtag ini. Di antaranya adalah Sherina Munaf, Sophia Latjuba, Ringgo Agus Rahman, Afgan dan Mira Lesmana.

Sherina Munaf di akaun Twitternya menyuarakan hasrat untuk ikut serta menyokong Jokowi di Pilihan Raya Umum Indonesia (Pemilu) akan datang.


An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Selain Sherina, Pelakon Sophia Latjuba juga tidak ketinggalan untuk turut serta menyuarakan sokongannya kepada mantan datuk bandar Solo dengan mentuit sebab mengapa dia memilih untuk menyokong Jokowi dan pendamping atau calon naib presidennya, Jusuf Kalla.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


Afgan juga turut serta menyuarakan hasratnya memilih Jokowi di Pemilu akan datang melalui akaun twitternya.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Begitu juga dengan pelakon Ringgo Agus Rahman yang mengaku keputusannya untuk memilih Jokowi-JK sebagai bakal presiden dan naib presiden Indonesia yang akan datang.


An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Deklarasi sokongan kepada Jokowi tidak hanya berlaku di Twitter malah dia turut berlaku di Instagram di mana vokalis Nidji, Giring sering menyuarakan sokongan kepada Jokowi di akaun instagram peribadi beliau.



Pemilihan presiden Pilihan Raya Umum Indonesia 2014 akan berlangsung pada 9 Julai dan akan menyaksikan calon presiden dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) Joko Widodo bersama calon naib presiden beliau, Jusuf Kalla akan menentang calon Presiden dari parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) Prabowo Subianto dan pendampingnya, Hatta Rajasa.


#Hashtag #AkhirnyaMilihJokowi #Presiden Joko Widodo