awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akibat dibedil jet pejuang India, Pakistan bawa aduan 'eko-keganasan' ke PBB

Agensi
Agensi
02/03/2019
00:30 MYT
Akibat dibedil jet pejuang India, Pakistan bawa aduan 'eko-keganasan' ke PBB
Antara pokok pain di kawasan hutan Pakistan yang rosak akibat terkena bedilan jet pejuang India. - Reuters
Pakistan merancang untuk membuat aduan terhadap India di pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), selepas mendakwa menjadi mangsa ‘eko-keganasan’.
Keganasan ekologi itu berlaku apabila serangan udara oleh tentera India telah memusnahkan sebuah kawasan hutan pokok pain, ujar seorang menteri pada Jumaat.
India dan Pakistan kini dalam fasa ketegangan yang paling buruk dalam sejarah perhubungan dua negara, sementara Amerika Syarikat dan kuasa dunia lain sedang cuba meredakan situasi tersebut.
Sejak meraih kemerdekaan dari kuasa kolonial British pada 1947, keedua-dua negara Asia Selatan itu pernah terjerumus dalam kancah perang sebanyak tiga kali.
Pesawat perang India pada Selasa telah mengebom kawasan hutan bukit di bandar Balakot di utara Pakistan, kira-kira 40 kilometer dari sempadan India di wilayah Himalaya Kashmir. New Delhi mendakwa serangan itu telah memusnahkan kem latihan tentera dan membunuh ratusan ‘pengganas’.
Pakistan bagaimanapun menafikan kem seumpamanya wujud di kawasan itu dan penduduk tempatan pula berkata terdapat seorang warga tua di kampung itu yang cedera.
Menteri Perubahan Iklim Malik Amin Aslam berkata, jet pejuang India telah mengebom kawasan hutan simpanan. Pakistan sudahpun memulakan penilaian impak alam sekitar susulan kejadian itu, yang bakal menjadi asas aduan kepada pihak PBB dan di forum antarabangsa lain.
"Apa yang berlaku di sama adalah keganasan alam sekitar. Terdapat kerosakan alam sekitar yang amat serius,” tegas Aslam.
Topic Berkaitan
#alam sekitar
#bom
#eko-keganasan
#India
#jet pejuang
#Pakistan
#perang
#pokok pain
#serangan udara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan