Aksi ibu hampir memijak kepala bayi dirakam

Kohilah Sekaran
April 21, 2015 03:06 MYT
Seorang saksi berkata dia melihat pasangan muda itu bergaduh sebelum wanita berkenaan bertindak membaringkan anaknya dan seolah mahu memijak kepala bayi tersebut. -Gambar hiasan
Video rakaman seorang ibu berang yang berpura-pura memijak kepala bayinya yang berusia 18 bulan menjadi perbualan orang ramai.
Difahamkan perbuatan itu dirakam suami wanita berkenaan dan kini polis Rusia sedang menyiasat rakaman tersebut.
Memetik laporan Metro.UK, pertelingkahan di antara Vyacheslav Samoilov, 32, dengan isterinya Victoria, 30, dikatakan bermula apabila Vyacheslav terlihat mesej daripada lelaki lain di telefon pintar isterinya.

Mum ooks like she about to stamp on babyin row with husband http://t.co/Rq3gk2wGyU pic.twitter.com/H3mOGuvFXX

— Metro (@MetroUK) April 19, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Semasa kejadian, mereka sedang mengambil angin di sebuah taman di bandar Noginsk di Barat Rusia Moscow Wilayah sebelum pertelingkahan tercetus.
Menurut saksi, Ludmila Ignatyeva, 43, dia melihat pasangan muda itu bertengkar sebelum wanita berkenaan bertindak membaringkan anaknya dan seolah mahu memijak kepala bayi tersebut.
Tindakan wanita yang ingin mengugut suaminya itu berjaya dirakam oleh Vyacheslav.
Difahamkan, pasangan tersebut kemudian melarikan diri ke arah yang berlainan dan membiarkan bayi tersebut sendirian.
"Pada mulanya, si suami melarikan diri dan diikuti oleh isteri. Bayi mereka pula dibiarkan sahaja di atas tanah," kata Ludmila.
Pihak polis dan pihak perkhidmatan masyarakat sedang menyiasat rakaman tersebut selepas ia dimuat naik ke internet.
Bayi malang itu dihantar ke hospital untuk pemeriksaan doktor dan laporan mendapati tiada kecederaan padanya.
#bayi #pijak kepala #Victoria Samoilov #Vyacheslav Samoilov