Aksi mesra atas motosikal berakhir tragedi

Sinar Harian
Julai 27, 2023 01:00 MYT
Rakaman sebelum pasangan tersebut terlibat dalam kemalangan maut. - Foto agensi
BOGOTA: Tindakan sepasang kekasih di Colombia merakam aksi mesra ketika menunggang motosikal membawa padah apabila terlibat dalam kemalangan maut.
Lapor media tempatan, kejadian itu berlaku di pinggir bandar Cordazzi pada Isnin lalu.
Dalam rakaman video tersebut, wanita dikenali sebagai Liliana bergurau dengan teman lelakinya.
Teman lelaki Liliana dilihat tersenyum dan mengucup bibir wanita tersebut sebelum hilang kawalan dan terbabas di kawasan semak.
Liliana maut serta-merta di lokasi kejadian, manakala teman lelakinya terselamat. - Sinar Harian
#kemalangan maut #motosikal #hilang kawalan #rakaman video