Akta Penjagaan Kesihatan Trump tidak dapat sokongan

Agensi
Mac 25, 2017 01:28 MYT
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bertemu wartawan di Pejabat Oval di White House selepas rang undang-undang penjagaan kesihatan ( AHCA) ditarik sebelum pengundian bermula - Foto REUTERS / Carlos Barria
Hasrat Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memperkenal Akta Penjagaan Kesihatan Baru bagi menggantikan Obamacare, terkandas.
Trump mengumumkan terpaksa menarik semula rang undang-undang itu selepas gagal mendapat sokongan yang secukupnya.
Pemimpin Republikan di Kongres bertindak membatalkan pengundian gara-gara kekurangan undi.
Ia disifatkan satu tamparan kepada pentadbiran Trump, yang meletakkan Akta Penjagaan Kesihatan baru sebagai antara manifesto utama ketika berkempen ke White House.
Penarikan Rang Undang-Undang itu dicadangkan Speaker Paul Ryan.
Sementara itu, Hillary Clinton menyifatkan apa yang berlaku di Kongres sebagai satu kemenangan kepada warga Amerika Syarikat yang sebelum ini berdepan risiko kehilangan perlindungan insurans kerana akta baru itu.
Dalam reaksi segeranya, seperti biasa Trump menyalahkan pemimpin Demokrat atas Kegagalan Rang Undang-Undang itu di Kongres.
KataTtrump, beliau gagal kerana tidak mendapat sokongan daripada Demokrat. Trump juga menjangkakan Obamacare bakal lumpuh tidak lama lagi.
Dalam masa sama beliau mahu Demokrat ke meja rundingan.
Beliau juga menyifatkan pihak yang rugi dalam situasi ini adalah Demokrat yang enggan menerima cadangan untuk menggantikan Obamacare.
#Akta Penjagaan Kesihatan #Donald Trump #Presiden Amerika Syarikat