DUNIA
Aktivis flotila Gaza cerita layanan buruk tentera Israel, ucap terima kasih kepada Turkiye
Evie Snedker, 26, merupakan antara 13 warganegara Britain yang ditahan secara tidak sah oleh Israel selepas kapal flotila yang membawa bantuan kemanusiaan itu diserang di perairan antarabangsa. - Foto Instagram/@globalmovementtogaza.uk
LONDON: Seorang peserta warga Britain dalam misi Flotila Sumud Global yang dipintas tentera Israel minggu lepas mendedahkan bahawa askar lelaki rejim itu merampas ubatnya dan memaksa wanita Islam menanggalkan hijab mereka, sambil menyifatkan tindakan itu sebagai "layanan yang amat buruk", namun menzahirkan penghargaan atas layanan "amat baik" yang diterimanya di Turkiye.
Ringkasan AI
Evie Snedker, 26, merupakan antara 13 warganegara Britain yang ditahan secara tidak sah oleh Israel selepas kapal flotila yang membawa bantuan kemanusiaan itu diserang di perairan antarabangsa.
Dalam temu bual di Lapangan Terbang Heathrow selepas tiba dari Turkiye lewat Ahad bersama tiga lagi aktivis Britain - Sarah Wilkinson, Francis Cummings dan Kieran Andrieu - beliau menggambarkan layanan Israel terhadap aktivis sebagai "amat buruk" dan "dahsyat".
"Saya sebagai wanita Barat berkulit putih hanya dapat membayangkan apa yang dilalui rakyat Palestin," katanya kepada Anadolu Ajansi (AA).
"Mereka merampas alat suntikan epinefrina (EpiPen) saya walaupun saya merayu bahawa saya boleh mati tanpa ubat itu, namun mereka tidak peduli. Wanita pula dipaksa menanggalkan hijab oleh askar lelaki di hadapan lelaki lain," katanya.
Snedker berkata para aktivis turut diseksa dalam pelbagai bentuk termasuk tidak dibenarkan tidur, tiada akses kepada air bersih, makanan dan ubat-ubatan, serta apa yang beliau fikirkan sebagai asas tatasusila.
Beliau berkata selain daripada layanan yang buruk, mereka juga dapat merasakan bahawa tenetera israel adalah "tidak teratur" dan "tidak cekap".
"Mereka yang menaiki kapal itu tidak dapat berdiri tegak ketika ombak melanda, tidak tahu mengendalikan alat pandu automatik dan tidak tahu membersihkan senjata sendiri. Ketakmatangan dan ketidakcekapan mereka amat ketara," katanya.
Mengulas mengenai layanan terhadap aktivis Sweden Greta Thunberg, Snedker berkata beliau melihat askar Israel menggantung bendera Israel di sebelah Thunberg yang duduk berseorangan di sudut belakang selepas ditahan secara tidak sah di perairan antarabangsa.
"Mereka mengepungnya dengan bendera Israel sambil ketawa dan mengejek - benar-benar tingkah laku yang memalukan," katanya.
Snedker turut menceritakan keadaan pusat tahanan yang sesak, dengan 16 aktivis ditempatkan dalam satu sel yang hanya mempunyai dua katil bertingkat.
Beliau berkata turut mendengar laporan mengenai kejadian serangan seksual, malah melihat sendiri beberapa tahanan lain dipukul.
Mengenai pengalaman mereka di Turkiye selepas diusir oleh Israel, Snedker berkata mereka menerima layanan amat baik sejak tiba di negara itu.
"Mereka luar biasa. Sebaik kami mendarat, mereka beri pakaian, kasut dan makanan kepada semua orang. Mereka terus bawa kami ke makmal forensik untuk laporan penuh, pemeriksaan perubatan serta penilaian psikologi. Semua kesan lebam kami direkodkan," katanya.
Snedker berkata beliau kurang sihat ketika tiba di Turkiye dan segera dibawa ke hospital untuk rawatan sebelum ditempatkan di hotel untuk bermalam.
Apabila ditanya sama ada beliau akan menyertai semula flotila ke Gaza, Snedker menjawab "ya" tanpa ragu-ragu.
"Saya percaya kapal kami paling hampir ke Gaza, mungkin kira-kira 24 atau 27 batu nautika dari pantai. Orang Gaza dikatakan nampak cahaya kapal kami, dan mereka di kapal pula mendengar letupan bom - mereka nampak Gaza," katanya.
"Pada hemat saya, ketidakcekapan tentera Israel kadangkala seperti satu bahan lawak. Jika kami dapat menyusun semula pasukan, saya percaya kami masih berpeluang sampai ke sana," katanya.
Tentera laut Israel menyerang dan menawan kapal-kapal misi Flotila Sumud Global mulai Rabu lepas dan menahan lebih 470 aktivis dari lebih 50 negara.
Flotila itu dalam pelayaran menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza serta mencabar sekatan Israel terhadap wilayah yang menempatkan hampir 2.4 juta penduduk itu.
Sejak Oktober 2023, serangan Israel telah mengorbankan lebih 67,000 penduduk Palestin di Semenanjung Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta menjadikan wilayah itu hampir tidak dapat didiami.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Aktivis Britain Evie Snedker mendakwa tentera Israel merampas ubatnya dan memaksa wanita Islam menanggalkan hijab selepas flotila kemanusiaan ke Gaza diserang di perairan antarabangsa.
- Snedker menyifatkan layanan Israel sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan, termasuk tahanan diseksa dan pusat tahanan yang sesak.
- Beliau memuji layanan baik kerajaan Turkiye selepas dibebaskan dan berikrar akan menyertai semula misi flotila ke Gaza.