DUNIA
Aktivis GSF Yvonne Ridley dilapor hilang dalam tahanan Israel
Ridley (foto) sepatutnya dihantar pulang ke Istanbul tetapi gagal dikesan semasa proses pemindahan dari Penjara Ketziot. -Gambar fail/FB Yvonne Ridley
LONDON: Wartawan dan aktivis British, Yvonne Ridley, dilaporkan hilang selepas ditahan pihak berkuasa Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza minggu lalu.
Ringkasan AI
Menurut kenyataan daripada penganjur flotila dan laporan media antarabangsa, Ridley, 67, dijadual dihantar pulang ke Istanbul selepas ditahan di penjara Ketziot, namun beliau gagal dikesan semasa proses pemindahan.
Lokasi beliau kini tidak diketahui dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan keluarga serta komuniti aktivis antarabangsa.
Ridley, yang sebelum ini pernah ditawan oleh Taliban pada 2001 sebelum memeluk Islam, merupakan antara hampir 500 peserta flotila yang cuba menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui laluan laut antarabangsa.
Konvoi tersebut telah dipintas oleh tentera Israel antara malam Rabu dan Khamis, dan lebih 40 kapal telah dipintas dan dirampas.
Beliau dilaporkan menjalani mogok lapar di penjara Ketziot dan dinafikan akses kepada ubat-ubatan penting.
Konsulat British sempat melawat beliau pada Jumaat lalu dan menggambarkan keadaan tahanan sebagai sangat membimbangkan.
Keluarga Ridley turut dimaklumkan bahawa beliau menerima layanan agresif semasa dalam tahanan.
Setakat ini, kerajaan Britain belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kehilangan Ridley, namun tekanan semakin meningkat agar tindakan diplomatik segera diambil untuk mengesan dan melindungi beliau.
Terdahulu, menteri kanan Israel, Itamar Ben-Gvir yang dilapor melawat penjara tersebut telah menyifatkan para aktivis sebagai “pengganas” yang patut dipenjara selama beberapa bulan.
Lawatan itu mencetuskan kecaman daripada Hamas dan pertubuhan hak asasi antarabangsa yang menyifatkan tindakan Israel sebagai cubaan menutup kekejaman terhadap aktivis aman.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Yvonne Ridley dilaporkan hilang selepas ditahan oleh pihak berkuasa Israel ketika menyertai misi Global Sumud Flotilla ke Gaza.
- Beliau sepatutnya dihantar pulang ke Istanbul tetapi gagal dikesan semasa proses pemindahan dari Penjara Ketziot.
- Keadaan kesihatan Ridley membimbangkan, beliau menjalani mogok lapar dan menerima layanan agresif, mencetus kebimbangan dalam kalangan keluarga dan komuniti aktivis.