awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktivis Korea Selatan sifatkan pelepasan air Fukushima 'keganasan nuklear'

Bernama
Bernama
05/10/2023
14:45 MYT
Aktivis Korea Selatan sifatkan pelepasan air Fukushima 'keganasan nuklear'
Aktivis itu menyeru Tokyo untuk menutup loji Fukushima dengan kerjasama negara-negara lain dan menyimpan air tersebut di Jepun. - Gambar fail/AP
SEOUL: Sekumpulan aktivis Korea Selatan pada Khamis mengutuk pembuangan air sisa tercemar nuklear daripada loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang musnah ke Lautan Pasifik oleh Jepun, lapor Xinhua.
Aktivis tersebut mengadakan sidang media berhampiran kedutaan Jepun di Seoul, menggesa kerajaan Jepun untuk segera menghentikan "jenayah keganasan nuklear terhadap kemanusiaan".
Mereka dalam satu kenyataan berkata kerajaan Jepun tidak boleh dipercayai kerana pusingan pertama pelepasan air telah menyebabkan masalah di laut dan mendakwa pelepasan itu dirancang untuk berterusan selama lebih 30 tahun.
Aktivis itu menyeru Tokyo untuk menutup loji Fukushima dengan kerjasama negara-negara lain dan menyimpan air tersebut di Jepun. Mereka turut mendesak kerajaan Korea Selatan untuk memfailkan aduan terhadap Jepun dengan Tribunal Antarabangsa bagi Undang-undang Laut.
Walaupun terdapat kebimbangan dan tentangan yang meningkat di dalam dan luar negara, Jepun melancarkan pusingan kedua pelepasan air tercemar ke laut pada awal Khamis yang akan berterusan selama 17 hari untuk membuang 7,800 tan air sisa tersebut. Pelepasan pertama berakhir pada 11 September.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#Fukushima
#Jepun
#keganasan nuklear
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan