awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktivis pro-Palestin berhimpun di Downing Street, memperingati wartawan maut di Gaza

Agensi
Agensi
28/08/2025
00:50 MYT
Aktivis pro-Palestin berhimpun di Downing Street, memperingati wartawan maut di Gaza
Sekumpulan aktivis dan penyokong pro-Palestin berhimpun di hadapan No 10 Downing Street pada Rabu bagi memperingati ratusan wartawan yang terkorban di Gaza sejak Oktober 2023. - Foto REUTERS
LONDON: Sekumpulan aktivis dan penyokong pro-Palestin berhimpun di hadapan No 10 Downing Street pada Rabu bagi memperingati ratusan wartawan yang terkorban di Gaza sejak Oktober 2023.
Perhimpunan itu dianjurkan oleh Cawangan Wartawan Bebas Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) London yang mana peserta membawa plakad yang memaparkan nama-nama sebahagian daripada 197 wartawan yang terbunuh dalam konflik tersebut, menurut kiraan oleh Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ).
Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Danny Danon, berkata pada Rabu bahawa maklumat lanjut mengenai serangan ke atas Hospital Nasser di Gaza pada Isnin akan didedahkan dalam beberapa hari akan datang.
Serangan itu telah meragut sekurang-kurangnya 20 nyawa, termasuk lima wartawan.
Menurut Pemangku Duta Amerika Syarikat ke PBB, Dorothy Shea, tentera Israel memaklumkan, enam anggota Hamas terbunuh dalam serangan tersebut.
Kenyataan bertulis yang dikeluarkan pada Selasa turut menyenaraikan gambar enam individu yang terbunuh, termasuk mereka yang didakwa sebagai anggota Hamas dan Jihad Islam.
Topic Berkaitan
#Gaza
#Hamas
#London
#Wartawan Bebas Kesatuan Kebangsaan Wartawan NUJ London
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan