awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akui kesilapan besar, Zuckerberg mohon maaf

Agensi
Agensi
10/04/2018
00:05 MYT
Akui kesilapan besar, Zuckerberg mohon maaf
Mark Zuckerberg tiba untuk perjumpaan dengan Senator Bill Nelson di Capitol Hill, Washington, 9 April, 2018. REUTERS
Ketua Eksekutif Facebook Inc, Mark Zuckerberg, memohon maaf kepada Kongres pada Isnin dan mengaku rangkaian media sosial itu tidak bertindak mencukupi bagi mengelakkan kejadian salah guna data.
Beliau berkata, syarikatnya tidak melakukan secukupnya untuk mengelak kejadian yang memberi kesan buruk dan ia merupakan satu kesilapan besar.
“Kami gagal menjalankan sepenuhnya tanggungjawab kami. Ia satu kesilapan yang besar.
"Ia kesalahan saya dan saya minta maaf. Saya memulakan Facebook, mengendalikannya dan bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku,” jelasnya.
Zuckerberg berkata demikian menerusi kenyataan bertulis yang dikeluarkan Jawatankuasa Perdagangan dan Tenaga Dewan Amerika Syarikat (AS).
Beliau dijadualkan memberi keterangan kepada dua jawatankuasa Kongres bagi menjawab soalan berhubung kebocoran maklumat peribadi 87 juta pengguna, yang dikongsi secara tidak wajar dengan firma perunding politik, Cambridge Analytica.
Facebook sebelum ini berkata syarikat berkenaan bercadang memberitahu pengguna yang terjejas.
Amalan data syarikat itu kini disiasat Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan AS.
Zuckerberg akan menyambung keterangan di hadapan panel dewan tersebut hari ini.
Topic Berkaitan
#Cambridge Analytica
#disiasat
#Facebook
#kebocoran data
#kongres AS
#Mark Zuckerberg
#mohon maaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan