DUNIA
Algeria batal perjanjian pengecualian visa dengan Perancis susulan ketegangan meningkat
Algeria turut mengecam 'taktik tekanan' Perancis, termasuk ancaman, ultimatum dan tindakan unilateral yang disifatkan menggantikan saluran dialog dalam menangani isu dua hala.
ISTANBUL: Algeria membatalkan perjanjian pengecualian visa yang dimeterai pada 2013 dengan Perancis bagi pemegang pasport diplomatik dan pasport perkhidmatan, menandakan ketegangan yang semakin meruncing antara kedua-dua negara, lapor AnadoluAjansi.
Kementerian Luar Algeria pada Khamis memaklumkan bahawa langkah itu diambil sebagai tindak balas terhadap keputusan Perancis yang menggantung secara unilateral perjanjian berkenaan awal minggu ini.
"Berkuat kuasa serta-merta, pemegang pasport diplomatik dan perkhidmatan Perancis akan tertakluk kepada syarat visa yang sama seperti yang dikenakan kepada pegawai Algeria," menurut kenyataan kementerian itu.
Algeria turut mengecam "taktik tekanan" Perancis, termasuk ancaman, ultimatum dan tindakan unilateral yang disifatkan menggantikan saluran dialog dalam menangani isu dua hala.
Kementerian itu juga mengecam penggunaan sekatan visa oleh Perancis sebagai alat untuk memaksa Algeria menerima penghantaran pulang pendatang tanpa izin, yang disifatkan sebagai "ugutan tidak boleh diterima" dan melanggar hak asasi serta norma antarabangsa.
Algeria turut menuduh Perancis menjejaskan beberapa perjanjian dua hala, termasuk Perjanjian Mobiliti 1968, Protokol Penyatuan Semula Keluarga 1974, serta Perjanjian Penghantaran Pulang 1994, khususnya berkaitan layanan terhadap rakyat Algeria di Perancis.
Kenyataan itu menambah bahawa kerajaan Algeria sebelum ini telah menolak akreditasi beberapa diplomat Perancis dalam tempoh dua tahun lalu dan memaklumkan pendirian tegasnya kepada Paris, yang kekal tidak berubah.
Meskipun pertikaian terus memuncak, negara itu menegaskan pihaknya kekal terbuka untuk menyelesaikan perbezaan melalui saluran diplomasi, namun tidak akan tunduk kepada tekanan luar.
Pertikaian tercetus selepas Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Rabu mengumumkan penggantungan perjanjian 2013, dengan alasan kekurangan kerjasama Algeria dalam isu migrasi dan keselamatan.
Dalam surat kepada Perdana Menteri Francois Bayrou, Macron turut menyorot penahanan dua warganegara yang memiliki dua kerakyatan, Boualem Sansal dan Christophe Gleizes di Algeria serta mendakwa konsulat Algeria menghentikan kerjasama dengan pihak berkuasa Perancis.
-- BERNAMA