awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alibaba namakan Eddie Yongming Wu CEO, Pengerusi baharu

Bernama
Bernama
20/06/2023
08:34 MYT
Alibaba namakan Eddie Yongming Wu CEO, Pengerusi baharu
Wu yang pada masa ini pengerusi anak syarikat Taobao dan Tmall Group juga akan menggantikan Zhang sebagai lembaga pengarah syarikat itu. - Fail/REUTERS
BEIJING: Gergasi e-dagang China, Alibaba pada Selasa mengumumkan pelantikan Eddie Yongming Wu menggantikan Daniel Zhang sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan, mulai 10 Sept, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Wu yang pada masa ini pengerusi anak syarikat Taobao dan Tmall Group juga akan menggantikan Zhang sebagai lembaga pengarah syarikat itu.
Selain itu, Joseph Tsai yang kini naib pengerusi eksekutif pula akan menggantikan Zhang sebagai pengerusi syarikat.
Wu, yang mengambil peranan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif akan terus berkhidmat sebagai pengerusi platform perdagangan Taobao dan Tmall.
Berikutan peralihan itu, Zhang akan terus menerajui Alibaba Cloud Intelligence Group sebagai pengerusi dan ketua pegawai eksekutifnya.
Zhang yang menyertai syarikat itu pada 2007 menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Alibaba Group sejak lapan tahun lalu dan pengerusinya sejak empat tahun lalu.
Syarikat itu menyatakan bahawa Wu ialah seorang daripada pengasas bersamanya, ahli Perkongsian Alibaba dan telah menjadi pengerusi Taobao dan Tmall Group sejak Mei 2023. Wu ialah pengarah teknologi Alibaba ketika penubuhan syarikat itu pada 1999.
Beliau juga berkhidmat sebagai ketua pegawai teknologi Alipay dari Disember 2004.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alibaba
#Eddie Yongming Wu
#CEO baharu
#Daniel Zhang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan