awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan jangka defisit fiskal susut kepada 3.5 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
MARA tidak kompromi, sorok sebarang isu integriti petugasnya - Asyraf Wajdi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amah ditikam gunting, dipatahkan jari kelingking oleh majikan dari Singapura

Agensi
Agensi
03/08/2019
04:13 MYT
Amah ditikam gunting, dipatahkan jari kelingking oleh majikan dari Singapura
Sepasang suami isteri dari Singapura dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah mendera seorang pembantu rumah warga Indonesia secara kejam pada Khamis. - Gambar hiasan
Sepasang suami isteri dari Singapura dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah mendera seorang pembantu rumah warga Indonesia secara kejam pada Khamis.
Mohamad Dahlan dijatuhi hukuman penjara 11 tahun manakala isterinya, Zariah Mohd. Ali selama 15 tahun.
Hukuman penjara itu sekali gus merekod kes penganiayaan terburuk di Singapura.
Menurut laporan The Strait Times, Zariah terbukti melakukan penganiayaan ke atas Khanifah menggunakan beberapa objek termasuk buluh, parang dan lesung batu.
Semasa prosiding, Khanifah berkata dia mula didera majikannya selama enam bulan sejak Jun hingga Disember 2012.
Pada awalnya, hubungan pekerja wanita itu dengan majikannya berada dalam keadaan baik sebelum ia bertukar kepada mimpi ngeri buat pembantu rumah berusia 39 tahun itu.
Zariah dilaporkan antara yang paling kerap melakukan penderaan kepada Khanifah termasuk memukul bahagian badan mangsa, memukul telinga kiri dan dahi menggunakan buluh dan lesung batu.
Selain itu, Zariah turut menikam bahu mangsa menggunakan gunting, melukakan lengan menggunakan parang dan mematahkan jari kelingking kiri.
Tindak kejam Zariah itu telah menyebabkan Khanifah mengalami cacat kekal.
“Ini merupakan kes aniaya paling buruk pernah terjadi dalam sejarah Singapura,” kata Hakim Tan Wen Hsein.
Menurut Wen Hsein, mangsa bukan hanya mengalami kesengsaraan secara fizikal, malah turut melibatkan emosi.
Topic Berkaitan
#'majikan kejam
#dera
#dera amah
#Indonesia
#mangsa
#Mohamad Dahlan
#penganiyaan terburuk
#penjara
#Singapura
#wanita
#Zariah Mohd Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan