LONDON: Peguam hak asasi manusia Britain, Amal Clooney merupakan penasihat khas dalam siasatan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mendorong pendakwa raya dalam kes itu memohon waran tangkap dikeluarkan ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan tiga pemimpin Hamas.
Perkara itu dikongsi Ketua Pendakwa Raya ICC, Karim Khan dalam ucapan penghargaannya kepada Amal Clooney.
Karim menyifatkan Amal Clooney sebagai sebahagian daripada "panel pakar dalam undang-undang antarabangsa" yang menyemak segala bukti.
Sementara itu, dalam mesej di laman web yayasannya, Amal Clooney berkata, Karim telah meminta bantuannya "dengan menilai bukti jenayah perang yang disyaki dan jenayah terhadap kemanusiaan di Israel dan Gaza."
“Saya bersetuju dan menyertai panel pakar undang-undang antarabangsa untuk melaksanakan tugas ini.
“Bersama-sama kami telah terlibat dalam proses yang meluas bagi semakan bukti dan analisis undang-undang, termasuk di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague.
“Walaupun latar belakang peribadi kami yang pelbagai, penemuan undang-undang membuatkan kami sebulat suara. Kami telah sebulat suara memutuskan bahawa mahkamah (ICC) mempunyai bidang kuasa ke atas jenayah yang dilakukan di Palestin dan oleh warga Palestin.
“Kami sebulat suara membuat kesimpulan bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa pemimpin Hamas iaitu Yahya Sinwar, Mohammed Deif dan Ismail Haniyeh telah melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan, termasuk pengambilan tebusan, pembunuhan dan jenayah keganasan seksual.
“Kami sebulat suara membuat kesimpulan bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant telah melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan, termasuk kebuluran sebagai kaedah peperangan, pembunuhan, penganiayaan dan pemusnahan,” tegas peguam berkenaan yang juga isteri kepada aktor ternama Hollywood, George Clooney.
Amal Clooney sebelum ini berdepan kritikan kerana gagal mengkritik secara terbuka perang di Gaza.
Bagaimanapun, pada Isnin, peguam berdarah kacukan Britain-Lubnan itu menerima banyak mesej yang dikirim kepadanya di media sosial dan meminta maaf atas komen negatif mereka sebelum ini dan memuji peranannya dalam siasatan ICC.
Peguam itu berkata, persetujuannya untuk berkhidmat sebagai panel kerana beliau percaya pada kedaulatan undang-undang dan "keperluan untuk melindungi nyawa orang awam."
Amal Clooney menambah: “Undang-undang yang melindungi orang awam dalam peperangan telah dibangunkan lebih 100 tahun lalu dan ia terpakai di setiap negara di dunia, tanpa mengira sebab konflik.
“Sebagai seorang peguam hak asasi manusia, saya tidak akan pernah menerima bahawa nyawa seorang kanak-kanak mempunyai nilai yang lebih rendah daripada nyawa yang lain.
“Saya tidak menerima bahawa sebarang konflik harus berada di luar jangkauan undang-undang atau mana-mana pelaku harus berada di atas undang-undang. Jadi saya menyokong langkah bersejarah yang telah diambil oleh pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk membawa keadilan kepada mangsa kekejaman di Israel dan Palestin.”
Pemimpin Israel dan Hamas telah menolak dakwaan bahawa mereka bersalah atas jenayah perang dan wakil kedua-dua pihak mengkritik keputusan Karim. - Arab News
Agensi
Mon May 20 2024
![Amal Clooney nasihati ICC dapatkan waran tangkap Netanyahu, pemimpin Hamas Amal Clooney nasihati ICC dapatkan waran tangkap Netanyahu, pemimpin Hamas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716245931_AmalClooney.jpg)
Amal Clooney merupakan penasihat khas dalam siasatan ICC yang mendorong pendakwa raya dalam kes itu memohon waran tangkap dikeluarkan ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan tiga pemimpin Hamas. - Gambar fail AP
![KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722055391_moukprjterengganu.jpg)
KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai memorandum persefahaman.
![Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi' Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721815858_dasarlaut.jpg)
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722055634_tbFadhlinaSidek.jpg)
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Amal Clooney nasihati ICC dapatkan waran tangkap Netanyahu, pemimpin Hamas Amal Clooney nasihati ICC dapatkan waran tangkap Netanyahu, pemimpin Hamas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716245931_AmalClooney.jpg)
Amal Clooney nasihati ICC dapatkan waran tangkap Netanyahu, pemimpin Hamas
Peguam yang juga isteri pelakon Hollywood, George Clooney itu merupakan penasihat khas ICC dalam kes memohon waran tangkap ke atas pelaku jenayah perang.
![Syed Saddiq, Yeo Bee Yin disenarai sebagai 'Young Global Leaders' Syed Saddiq, Yeo Bee Yin disenarai sebagai 'Young Global Leaders'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61552468001_Mashup.jpg)
Syed Saddiq, Yeo Bee Yin disenarai sebagai 'Young Global Leaders'
Golongan belia tersebut menyertai alumni tersohor seperti Amal Clooney, pengasas Google Larry Page dan Presiden Perancis Emmanuel Macron.
![George Clooney mahu bertindak ke atas majalah sebar gambar bayi kembarnya George Clooney mahu bertindak ke atas majalah sebar gambar bayi kembarnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/71486688857_Clooney.jpg)
George Clooney mahu bertindak ke atas majalah sebar gambar bayi kembarnya
Ia berikutan tindakan majalah bernama Voici itu menyiarkan beberapa keping foto anak kembarnya tanpa izin.
![George Clooney dan Amal sambut kelahiran kembar, Ella dan Alexander George Clooney dan Amal sambut kelahiran kembar, Ella dan Alexander](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/71486688857_Clooney.jpg)
George Clooney dan Amal sambut kelahiran kembar, Ella dan Alexander
Jurucakap Clooney mengesahkan berita tersebut kepada saluran berita CNN dan memaklumkan ibu dan bayi berada dalam keadaan baik.