DUNIA
Amaran campak dikeluarkan untuk pusat bandar Sydney, lapangan terbang
Seorang pesakit kes campak dari Queensland telah melawat beberapa lokasi di Sydney, termasuk konsert yang dihadiri kira-kira 70,000 orang. - Reuters
SYDNEY: Pihak berkuasa kesihatan di negeri New South Wales (NSW), Australia telah mengeluarkan amaran campak bagi kawasan pusat bandar Sydney dan lapangan terbang kota raya itu, lapor Xinhua.
NSW Health pada Khamis berkata ia telah dimaklumkan bahawa seorang pesakit kes campak yang disahkan dari negeri jiran Queensland telah melawat beberapa lokasi di Sydney dari 8 hingga 10 November, termasuk konsert yang dihadiri kira-kira 70,000 orang.
Individu yang melawat beberapa lokasi termasuk Lapangan Terbang Sydney, daerah pusat perniagaan, konsert berkenaan dan tren di bahagian barat dalam bandar raya itu antara 8 hingga 10 November dinasihatkan memantau simptom campak sehingga 28 November.
Pengarah Eksekutif Health Protection NSW Jeremy McAnulty dalam satu kenyataan berkata bahawa ia boleh mengambil masa sehingga 18 hari untuk simptom muncul selepas terdedah kepada campak.
Beliau menasihatkan sesiapa yang mengalami simptom seperti demam, sakit mata dan batuk diikuti ruam supaya menghubungi doktor atau hospital terlebih dahulu bagi mengelakkan berada di bilik menunggu bersama pesakit lain.
Queensland Health berkata pesakit berkenaan juga berada di pusat bandar Brisbane dan di Lapangan Terbang Brisbane ketika mereka tidak menyedari bahawa mereka dijangkiti wabak berkenaan.
Menurut data terkini daripada Sistem Pengawasan Penyakit Wajib Lapor Kebangsaan, sebanyak 153 kes campak telah disahkan di Australia setakat 2025, melebihi 115 kes yang dilaporkan dalam tempoh lima tahun sebelumnya digabungkan.
Daripada 153 kes pada 2025, sebanyak 30 kes direkodkan di Queensland dan 28 kes di NSW.
-- BERNAMA