DUNIA
Amaran hujan lebat, Beijing berjaga-jaga

Pihak berkuasa kawalan banjir menggesa orang ramai mengehadkan perjalanan, menjauhi sungai serta kawasan pergunungan, dan mengelak daripada meletak kenderaan di kawasan rendah atau di bawah jambatan. - Foto X/Eivor
BEIJING: Beijing mengeluarkan amaran kecemasan kawalan banjir Tahap 3 pada tengah hari Selasa, dengan pihak berkuasa memberi amaran mengenai hujan lebat dari Selasa malam hingga Rabu, lapor Xinhua.
Balai Cerap Meteorologi Beijing memaklumkan beberapa kawasan dijangka menerima lebih 70 milimeter (mm) hujan dalam tempoh enam jam atau melebihi 100 mm dalam tempoh 24 jam.
Amaran jingga - tahap ketiga tertinggi - bagi hujan lebat telah dikeluarkan untuk tujuh daerah, manakala amaran merah pula dikeluarkan di daerah pinggir bandar Mentougou dan Fangshan yang berisiko dilanda banjir kilat.
Pihak berkuasa air dan meteorologi bandar itu turut mengeluarkan amaran kuning untuk banjir termenung dan aliran deras dari pergunungan, dengan memberi amaran bahawa kawasan bandar berisiko dilanda banjir termenung bermula 11 malam Selasa, manakala daerah Fangshan, Mentougou, Changping dan Yanqing berdepan risiko lebih tinggi, aliran deras dari pergunungan.Pihak berkuasa kawalan banjir menggesa orang ramai mengehadkan perjalanan, menjauhi sungai serta kawasan pergunungan, dan mengelak daripada meletak kenderaan di kawasan rendah atau di bawah jambatan.
China mempunyai sistem amaran cuaca berwarna empat peringkat, dengan merah mewakili amaran paling teruk, diikuti jingga, kuning dan biru.
--BERNAMA-XINHUA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami