awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
Polis tumpaskan sindiket pelaburan kripto tidak wujud di Melaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran Rusia mengenai kemungkinan militan Daish memasuki Thailand

Bernama
Bernama
04/12/2015
13:07 MYT
Amaran Rusia mengenai kemungkinan militan Daish memasuki Thailand
Songpol Wattanachai di sidang akhbar di Bangkok, Thailand hari ini. - Foto AP/Mark Baker
Polis Thai mengesahkan kewujudan dokumen bocor mengenai maklumat dari Perkhidmatan Keselamatan Rusia yang memberi amaran kepada Majlis Keselamatan Nasional tentang kemungkinan 10 rakyat Syria yang mempunyai hubungan dengan kumpulan militan Daish (IS) memasuki Thailand.
Dokumen itu adalah sahih dan pihak berkuasa Thai sedang menyiasat perkara itu, kata timbalan jurucakap polis, Jeneral Polis Songpol Wattanachai.
"Saya sahkan bahawa polis Cawangan Khas telah mengeluarkan dokumen itu mengenai maklumat berkenaan dan berkongsi perisikan (dalam kalangan agensi keselamatan)," kata Songpol dalam taklimat kepada media di sini hari ini.
"Sama ada mereka (10 warga Syria) benar-benar memasuki (Thailand) atau tidak, kami tidak pasti...namun kami tidak akan leka bila kami mendapat amaran seperti ini, dan pastinya langkah keselamatan dipertingkatkan," katanya.
Beliau berkata Rusia satu-satunya pihak yang menghantar amaran sebegitu kepada Thailand.
Sidang akhbar itu dihadiri oleh sekumpulan besar wakil media tempatan dan asing berikutan kebocoran dokumen tersebut yang dikeluarkan pada 27 Nov.
Dokumen itu diterbitkan di laman web berita berbahasa Inggeris.
Menurut dokumen itu 10 rakyat Syria mengembara ke empat destinasi dalam tempoh 15-31 Oktober – empat ke Pattaya, dua ke Bangkok, dua ke Phuket dan dua lagi ke destinasi tidak diketahui.
Kemungkinan sasaran ialah kepentingan Rusia dan tempat-tempat berkaitan dengannya.
Topic Berkaitan
#Daesh
#daish
#dokumen bocor
#IS
#Islamic State
#militan
#rakyat Syria
#Rusia
#Songpol Wattanachai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan