DUNIA
Amaran Trump: Venezuela bakal terima padah jika enggan terima pulang migran
Anggota pasukan simpanan yang terdiri daripada sukarelawan awam, menyahut seruan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro untuk mempertahankan kedaulatan negara bulan ini. - Gambar fail Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengeluarkan amaran keras kepada Venezuela dengan menegaskan negara itu bakal berdepan akibat yang “tidak terhitung” sekiranya gagal menerima semula pendatang yang digelarnya sebagai “banduan” dan “pesakit institusi mental.”
“HALAU MEREKA KELUAR DARI NEGARA KITA SEKARANG, JIKA TIDAK HARGA YANG KAMU BAYAR AKAN TIDAK TERHITUNG!” kata Trump menerusi platform Truth Social pada Sabtu.
Trump turut menuduh, tanpa mengemukakan bukti, bahawa Venezuela telah “memaksa” golongan tersebut masuk ke AS, dan mendakwa “ribuan orang telah cedera parah, malah ada yang terbunuh, akibat ‘raksasa-raksasa’ ini.”
Serangan ke atas bot didakwa bawa dadah
Kenyataan lantang itu dibuat sehari selepas AS melancarkan satu lagi serangan ke atas bot yang didakwa membawa dadah dari Venezuela di Caribbean, mengorbankan tiga lelaki.
Venezuela pula menuduh AS melancarkan “perang tidak diisytiharkan” di perairan Caribbean dan menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat sekurang-kurangnya tiga serangan ke atas bot yang telah meragut 17 nyawa sejak awal September.
Washington setakat ini telah mengerahkan tujuh kapal perang, sebuah kapal selam berkuasa nuklear serta pesawat pejuang F-35 ke perairan antarabangsa berhampiran Venezuela – disokong tambahan pesawat pejuang F-35 di Puerto Rico – dalam penempatan tentera laut AS terbesar di Caribbean.
Trump mendakwa, operasi itu bertujuan memerangi dadah, namun setakat ini tiada bukti kukuh dikemukakan bahawa bot-bot yang disasarkan benar-benar terlibat dengan penyeludupan dadah.
Beberapa penganalisis undang-undang memberi amaran tindakan tersebut boleh dianggap sebagai pembunuhan di luar proses undang-undang.
Ganjaran penangkapan Maduro digandakan
Ketegangan ini mencetuskan kebimbangan kemungkinan serangan ke atas wilayah Venezuela dengan Presidennya, Nicolas Maduro, berulang kali menuduh Washington mahu menggulingkannya.
Trump minggu ini menafikan mempunyai agenda pertukaran rejim, namun bulan lalu Washington menggandakan ganjaran kepada AS$50 juta bagi maklumat yang membawa kepada penangkapan Maduro, dengan menuduhnya mempunyai kaitan dengan pengedaran dadah dan kumpulan jenayah.
Maduro menolak tuduhan itu dan berikrar untuk menggerakkan lebih empat juta anggota pasukan simpanan bagi mempertahankan kedaulatan negara daripada “ancaman” AS.
Maduro kirim surat kepada Trump
Menurut Reuters, beberapa hari selepas serangan pertama AS ke atas bot Venezuela awal bulan ini, Maduro menawarkan rundingan terus dengan Washington menerusi sepucuk surat peribadi yang dihantar kepada Trump.
“Presiden, saya berharap kita dapat bersama-sama menepis fitnah yang telah merosakkan hubungan kita, yang sepatutnya bersejarah dan aman,” tulis Maduro dalam surat itu, sambil menggesa agar diadakan rundingan “terus dan jujur” bagi mengatasi “gangguan media dan berita palsu”.
Dalam perkembangan berasingan pada Sabtu, saluran YouTube rasmi Maduro didapati hilang dari platform tersebut.
“Tanpa sebarang justifikasi, saluran YouTube ditutup pada ketika AS sedang melaksanakan operasi peperangan hibrid sepenuhnya terhadap Venezuela,” lapor Telesur seperti dipetik AFP. - Agensi